KURANGKAN 7 MAKANAN INI UNTUK ATASI SAKIT SENDI LUTUT DENGAN CEPAT
Sendi lutut adalah anggota yang sangat berharga. Ia membantu kita berdiri dan bergerak. Jika lutut kita sakit, akibatnya susah untuk melakukan sebarang aktiviti. Ada pelbagai punca mengapa radang ini terjadi, namun mengikut statistiknya lebih kurang 10 ke 20 peratus golongan dewasa akan mengalami penyakit ini. Hakikatnya, ia selalu menyerang seiring dengan peningkatan usia iaitu seawal usia 45 tahun untuk golongan lelaki dan 55 tahun bagi wanita. Kali ini, saya ingin berkongsi hasil kajian saya dari sumber yang ‘reliable‘ tentang makanan yang pantang dimakan jika anda sakit lutut. Ambillah masa untuk baca dan faham betul-betul apa yang ingin disampaikan. Saya pun tidak mahu menghabiskan masa anda dengan informasi yang tidak berfaedah. Berpantanglah Dari 7 Makanan Ini Demi Kesihatan Sendi Sebelum ini saya pernah berkongsi tentang 8 makanan yang perlu diambil untuk meredakan radang sendi. Para pengkaji menyarankan untuk kita mengambil makanan anti-radang dalam diet seharia...