Posts

Showing posts with the label vitalea for children

VITAMIN BANTU TINGKATKAN KESIHATAN KANAK-KANAK

Image
ANAK SEMAKIN SIHAT. TIADA LAGI SELESEMA JAHAT PENYEBAB HIDUNG DAN LENDIR BERDARAH Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu dan salam sejahtera. Saya Sabariah binti Basri, berumur 36 tahun, telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki. Seorang berumur 10 tahun dan seorang lagi 2 tahun 9 bulan. Saya ingin kongsikan kisah anak kedua saya, Adam. Selepas habis berpantang dan masuk kerja saya hantar Adam ke taska. Dalam usia 4 bulan ketika itu, Adam mudah dijangkiti batuk selesema, lebih-lebih lagi taska di bawah Kementerian tempat saya bekerja 100% menggunakan penghawa dingin. Dalam sebulan memang payah nak tengok hidung Adam kering. Sentiasa berhingus.. Batuk dan selesema berpisah tiada. Sebelum ini saya pernah kejarkan Adam ke hospital seawal pukul 2 pagi disebabkan batuk berpanjangan sehingga sukar untuk bernafas. Setiap kali itulah Adam kena ambil nebulizer. Bergema segenap ruang hospital dengan suara Adam yang meraung sebab tak nak pakai topeng pelik dengan bunyi y...