Posts

Showing posts with the label pembuluh darah tersumbat

KENALI PUNCA KOLESTEROL TINGGI

Image
Apa Itu Kolesterol? Kolesterol adalah lemak yang dihasilkan oleh hati dan sangat penting untuk fungsi sistem dalam badan. Kolestrol secara semula jadinya terdapat pada dinding sel atau di mana-mana bahagian tubuh termasuklah di otak, otot, saraf, kulit, hati, usus dan jantung. Kolestrol juga berfungsi dalam membentuk dan memelihara sel membrane, menapis molekul untuk keluar masuk dari sel, terlibat dalam sistem reproduksi dan membantu penghasilan hempedu. Akan tetapi tahukah anda, kolestrol yang tinggi mampu membunuh anda dalam diam? Mempunyai tahap kolestrol yang tinggi bukanlah penyakit, tetapi ia berpotensi menyebabkan pelbagai jenis penyakit antaranya stroke, sakit jantung, diabetis, dan tekanan darah tinggi . Kolestrol yang berlebihan dalam aliran darah kebiasaannya akan disimpan di arteri termasuklah salur darah di jantung, pembuluh darah ke otak, dan saluran darah ke kaki. Bagaimana Yang Dikatakan Kolestrol Tinggi? Secara kasarnya kita melihat tahap kolestrol semas...