Posts

Showing posts with the label coq trol plus

IKHTIAR HAMIL DENGAN SUPPLEMENT

Image
PENANTIAN SATU PENYIKSAAN, BERKAT IKHTIAR DENGAN SUPLEMEN DENGAN IZIN ALLAH SAYA DISAHKAN HAMIL Penantian satu penyiksaan. Dulu saya mendengar je ungkapan ni tapi tak pernah benar benar merasainya. Saya seorang ibu kepada 2orang anak. Kedua-dua anak saya dilahirkan secara pembedahan kerana kedudukan mereka songsang disebabkan masalah bicornuate uterus(rahim abnormal). Walaupun melahirkan secara pembedahan saya bersyukur dan redha kerana sekurangnya saya dikurniakan cahaya mata berbanding mereka yang kes mcm saya, ada yang tak berpeluang ada cahaya mata. Jarak kedua-dua anak saya tak begitu jauh. Anak sulung setahun lebih, saya dah hamil anak kedua. Alhamdulillah tiada masalah semasa hamil atau selepas melahirkan. Setelah melahirkan anak kedua, atas nasihat doktor saya menjarakkan kehamilan dengan mengambil implanon sebagai perancang bermula Disember 2011. Saya memakainya selama 3tahun. Selama tu juga saya tidak datang period. Selepas menanggal implan ...