IKHTIAR HAMIL DENGAN SUPPLEMENT
Penantian satu penyiksaan. Dulu saya mendengar je ungkapan
ni tapi tak pernah benar benar merasainya.
Saya seorang ibu kepada 2orang anak. Kedua-dua anak saya
dilahirkan secara pembedahan kerana kedudukan mereka songsang disebabkan
masalah bicornuate uterus(rahim abnormal). Walaupun melahirkan secara
pembedahan saya bersyukur dan redha kerana sekurangnya saya dikurniakan cahaya
mata berbanding mereka yang kes mcm saya, ada yang tak berpeluang ada cahaya
mata.
Jarak kedua-dua anak saya tak begitu jauh. Anak sulung
setahun lebih, saya dah hamil anak kedua. Alhamdulillah tiada masalah semasa
hamil atau selepas melahirkan.
Setelah melahirkan anak kedua, atas nasihat doktor saya
menjarakkan kehamilan dengan mengambil implanon sebagai perancang bermula
Disember 2011. Saya memakainya selama 3tahun. Selama tu juga saya tidak datang
period.
Selepas menanggal implan pada Disember 2014 , saya fikir
tahap kesuburan saya akan kembali normal. Yer lah memandangkan jarak kedua anak
sebelum ni pun tak jauh sangat. Jadi saya fikir saya ni jenis subur agaknya
jadi sebaik menanggal implan mesti senang je nak lekat.
Period dah kembali normal. DUA TIGA TAHUN berlalu masih
belum ada apa-apa tanda. Saya mula risau. Saya pernah bertanyakan pada doktor,
menurut doktor memang ada sesetengah orang setelah memakai implan tahap
kesuburan lambat untuk kembali normal.
Saya pun mula berusaha, pada mulanya saya mengambil vitamin
kesuburan secara konsisten seperti B-Complex yang dilengkapi asid folic.
Kemudian Gla Complex untuk meningkatkan kesuburan. Di samping vitamin asas yang
lain yang saya dah ambik sebelum-sebelum ni lagi.
Beberapa bulan masih juga menunggu.
Setiap kali haid agak hampa. Saya pernah menangis jugak bila
haid datang. Baru saya memahami perasaan siksanya penantian itu. Dengan orang
sekeliling yang asyik bertanya bila nak tambah dan terutama anak-anak sendiri
yang asyik bertanya “bila kita nak dapat baby” oh tertekan jugak kadang-kadang.
Yerlah saya sendiri risau juga dengan umur semakin bertambah. Saya cuma jawab
“kita doa sama-sama oke”
Pada awal Januari 2018 suplemen CoqTrol berada di pasaran.
Saya mendengar kelas daripada pakar nutrisi betapa pentingnya pengambilan Coq
dalam memberi tenaga pada sel sel tubuh badan kita. Rupanya sel ovum merupakan
sel terbesar dalam badan wanita. Dan sel sperma pula merupakan sel terkecil
dalam badan manusia.
Dan untuk pergerakan aktif sel-sel ini bertemu “cinta hati”
memerlukan “tenaga”. Dan CoqTrol dapat membantu meningkatkan tenaga sel-sel
ini. Ada ujian yang dijalankan menunjukkan kesan pengambilan suplemen ini pada
jumlah sperma dan pergerakan sperma. Keyakinan saya bertambah bila ada seorang
customer berkongsi pengalaman dia ikhtiar hamil, kata doktornya “this
suplemen(coq10) is very good for your ovum”. Mendengarkan ini buat saya fikir,
saya dan suami memerlukan tambahan suplemen ni, mungkin ada yang belum cukup.
Sebaik berada di pasaran saya terus beli dan makan
bersama-sama suami. Sambil meneruskan vitamin-vitamin lain sebelum ni. Saya
juga lebih mengambilberat dengan waktu subur, saya mencatatnya, menggunakan
bantuan application di smartfon dan juga menggunakan ovulation kit.
Saya betul-betul berusaha kali ni selain dari terus berdoa
dan minta orang sekeliling mendoakan juga.
Alhamdulillah dengan izinNya. Setelah habis sebotol CoqTrol,
period saya lambat dan syukur saya disahkan positif hamil anak ketiga. Ye, Pada
usia anak kedua 7tahun. Jarak sungguh kali ni. Suka betul kakak-kakak mendapat
berita kehamilan ini. Kini, Kandungan dah nak masuk 5bulan, gerakan baby pun
dah mula dirasai. Terasa rindu sungguh perasaan ni. Doakan kami ye.
Melalui ‘struggle’nya berusaha kali ni buat saya ingin
berkongsi kisah ini. Pada yang masih menanti cahayamata jangan putus asa.
Teruskan usaha. Usaha perlukan masa, pengorbanan dan kesungguhan. Melaburlah
untuk kesihatan kita dan pasangan. Bila badan sihat, sel sihat insyaAllah badan
kita akan sedia untuk hamil. Dan paling penting senjata utama kita adalah DOA.
Kongsikan kisah ini jika anda juga ingin membantu
orang-orang sekeliling. Semoga perkongsian ini dapat membantu pada mereka yang
memerlukan. Alhamdulillah syukur pada Allah, terima kasih atas doa semua dan
terima kasih Shaklee.
Jadi jika anda juga ingin ikhtiar dengan suplemen Shaklee,
anda boleh dapatkannya dengan hubungi Asiah pada whatsapp Asiah di bawah.
Untuk pembelian terus, anda boleh klik pada eSell di bawah.
Comments
Post a Comment