Posts

Showing posts with the label Punca Gastrik

10 TANDA GASTRIK YANG ANDA PERLU TAHU

Image
Gastrik adalah penyakit atau gejala perut yang menyebabkan anda tidak selesa. Pernahkah anda tersalah makan lalu sakit perut dan cirit-birit? Pastinya ianya membuatkan anda tidak selesa dan kadangkala tidak mahu bergerak ke mana-mana. Selalunya, ramai yang menampakkan simptom gastrik menjelang bulan Ramadhan. Disebabkan gastrik, ada yang tidak boleh berpuasa. JENIS GASTRIK Gastrik terbahagi kepada tiga jenis iaitu: 1. Gastritis ringan Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut bersentuhan dengan makanan. 2. Gastritis berat Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan. 3. Ulser gastrik (peptic ulcer) Merujuk kepada ulser perut. Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka. Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis. Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel ...

Adakah Pedih Ulu Hati Lebih Dari 2 Kali Seminggu Tanda Penyakit.

Image
Pedih ulu hati  atau lebih dikenali sebagai  gastrik  adalah rasa sakit di bahagian atas perut atau dada dan kadang-kadang merebak ke bahagian kerongkong. Ia sejenis ketidakhadaman yang biasa. Walaupun kesakitan di alami adalah di bahagian dada, pedih ulu hati tiada kaitan dengan penyakit jantung. Sebaliknya, kesakitan tersebut adalah disebabkan oleh asid perut. Didapati sekurang-kurangnya 30% orang dewasa pernah mengalami pedih ulu hati dengan sekurang-kurangnya 10% mengalaminya hampir setiap hari. Manakala sekurang-kurangnya 25% wanita mengandung mengalami pedih ulu hati atau tanda dan simptom lain yang berkaitan pedih ulu hati. Apakah punca masalah pedih ulu hati?? Masalah pedih ulu hati biasanya disebabkan oleh refluks asid daripada perut ke dalam esofagus. Esfogus adalah satu tiub atau saluran yang menghubungkan mulut dan perut iaitu berfungsi untuk menyalurkan makanan terus ke dalam perut. Masalah gastrik juga adalah merupakan gejala bagi ma...