Adakah Pedih Ulu Hati Lebih Dari 2 Kali Seminggu Tanda Penyakit.
Pedih ulu hati atau lebih dikenali sebagai gastrik adalah rasa sakit di bahagian atas perut atau dada dan kadang-kadang merebak ke bahagian kerongkong. Ia sejenis ketidakhadaman yang biasa. Walaupun kesakitan di alami adalah di bahagian dada, pedih ulu hati tiada kaitan dengan penyakit jantung. Sebaliknya, kesakitan tersebut adalah disebabkan oleh asid perut. Didapati sekurang-kurangnya 30% orang dewasa pernah mengalami pedih ulu hati dengan sekurang-kurangnya 10% mengalaminya hampir setiap hari. Manakala sekurang-kurangnya 25% wanita mengandung mengalami pedih ulu hati atau tanda dan simptom lain yang berkaitan pedih ulu hati.
Masalah pedih ulu hati biasanya disebabkan oleh refluks asid daripada perut ke dalam esofagus. Esfogus adalah satu tiub atau saluran yang menghubungkan mulut dan perut iaitu berfungsi untuk menyalurkan makanan terus ke dalam perut. Masalah gastrik juga adalah merupakan gejala bagi masalah jantung atau serangan jantung.
Ketidakhadaman merupakan rasa tidak selesa di bahagian atas saluran gastrointestinal disebabkan oleh pemakanan.
Tanda-tanda dan simptom ketidakhadaman termasuklah:
Tanda-tanda dan simptom ketidakhadaman termasuklah:
- Rasa tidak selesa, sakit ataupun kejang di bahagian perut
- Sendawa
- Rasa loya dan tiada selera makan
- Rasa kembung atau penuh di bahagian perut
Perubahan gaya hidup dan ubat-ubatan boleh membantu melegakan tanda-tanda berkaitan ketidakhadaman dan pedih ulu hati ini.
PENYEBAB PEDIH ULU HATI :
Pedih ulu hati biasanya terjadi dalam masa 30 hingga 60 minit selepas makan. Kesakitannya bertambah apabila berbaring, membongkok ke depan atau apabila mengalami kesukaran membuang air besar. Rasa sakit biasanya berkurang dalam keadaan berdiri tegak, minum air atau menelan air liur ataupun mengambil antasid (peneutral asid dalam perut).
FAKTOR yang menyebab kan pedih ulu hati :
- Mengambil makanan yang melemahkan otot injap esofagus seperti makanan pedas, berempah dan coklat.
- Pengambilan alkohol dan kafein.
- Makan dalam kuantiti yang banyak dan tidak mengunyah dengan perlahan.
- Melakukan aktiviti fizikal sejurus selepas makan.
- Diet rendah serat.
- Mengalami tekanan dan kemurungan.
- Berlebihan berat badan.
- Memakai sesuatu yang ketat di bahagian pinggang (contohnya tali pinggang yang ketat).
- Mengandung.
- Merokok.
- Ubat-ubatan tertentu (contohnya, aspirin, ubat anti keradangan jenis bukan steroid (NSAIDs), alendronate, risedronate, doxycycline, minocycline).
Cara Hidup:
Perubahan diet dan cara hidup boleh membantu mengurangkan dan menghalang simptom-simptom pedih ulu hati dan ketidakhadaman termasuklah:
- Makan makanan yang kurang lemak dan kurang pedas, coklat, rasa pudina dan makanan-makanan lain yang diketahui boleh menyebabkan simptom pedih ulu hati dan ketidakhadaman.
- Makan dalam kuantiti yang sedikit.
- Makan dengan perlahan dan kunyah dengan sempurna.
- Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein (contohnya kopi, teh atau cola).
- Jangan makan 2-3 jam sebelum tidur.
- Jangan berbaring selepas makan.
- Elakkan memakai pakaian yang ketat di bahagian pinggang.
- Tinggikan sedikit bahagian kepala semasa berbaring sekiranya mengalami simptom.
- Tidak melebihi berat badan ideal.
- Jangan merokok.
- Amalkan teknik-teknik untuk mengurangkan tekanan.
Gastrik memang satu lagi masalah orang zaman sekarang. Ada yg terkena gastrik sebab sengaja skip makan, ada yang nak kurus punya pasal dan ada jugak yang tak sempat nak sarapan dan lunch oleh kerana terlalu sibuk kat tempat kerja.
Paling teruk dan menakutkan, sekali dah kena gastrik berkemungkinan besar terseksa selama-lamanya. tak kena ulser perut tu dah kira cukup beruntung sangat dah.
Tapi ia langsung berbeza dengan wanita yg bernama Fara Hana ni. Apa yg buat dia sembuh secara tiba-tiba? tak sengaja pulak tuh? eh bagaimana ya? saksikan sendiri biar TESTIMONI VIDEO ini berbicara.
Dia pesakit gastrik kronik sampai tak boleh bangun 10 tahun lepas. Tapi kini beliau cergas. Apa rahsianya? Nak tahu cara makan yang betul sehingga gastrik kronik pun boleh sembuh? Sila berhubung terus dengan saya atau boleh order menggunakan kad debit dan kad kredit dengan hanya klik esell di bawah.
Hubungi Saya Asiah Anuar,
sweetcupcakes92@gmail.com
0198855676
Saya adalah Pengedar Sah Shaklee Bintulu Sarawak ...
ReplyDeletePenghantaran COD boleh dibuat di kawasan tersebut, dan penghantaran pos akan dibuat pada keesokan hari nya apabila bayaran sudah dibuat pada hari sebelum nya. Insya Allah barang akan sampai mengikut standard POS LAJU iaitu 3-4 hari bekerja.
Semua pertanyaan akan dilayan secepat mungkin.
JOM SIHAT DENGAN SHAKLEE. Nak Sihat dan Free Konsultan boleh call/pm/wasapp 0198855676