Posts

Showing posts with the label Set Darah Tinggi

PUNCA TEKANAN DARAH TINGGI DAN CARA ATASINYA

Image
Apakah Itu Tekanan Darah Tinggi ? Tekanan darah tinggi ialah penyakit yang biasa berlaku apabila darah yang mengalir di saluran darah (arteri) mempunyai tekanan yang lebih tinggi dari biasa. Tekanan darah diukur melalui berapa jumlah darah yang di pam oleh jantung, berbanding berapa jumlah rintangan terhadap pengaliran darah di arteri kita. Bacaan Darah Tinggi Meskipun mempunyai pelbagai simptom yang berkaitan dengan penyakit darah tinggi, kebanyakkan dari kita sedar bahawa kita mempunyai sakit darah tinggi kecuali melalui pemeriksaan dengan pakar. Dengan menggunakan peralatan untuk memeriksa tekanan darah tinggi, 2 jenis bacaan akan diambil iaitu Systolic Pressure dan Diastolic Pressure. Systolic Pressure : Tekanan darah apabila jantung berdegup ketika mengepam darah. Bacaan tekanan sistolik yang normal ialah di bawah 120 mmHg. Diastolic Pressure : Tekanan darah apabila jantung berehat di antara degupan. Bacaan tekanan diastolik yang normal ialah di bawah 80 ...

TANDA-TANDA PENYAKIT DARAH TINGGI DAN CARA ATASINYA

Image
Apa itu Darah Tinggi ? Penyakit darah tinggi atau "Hypertension" merupakan satu daripada penyakit yang banyak dihadapi oleh bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga oleh ramai manusia di seluruh dunia. Penyakit darah tinggi ini berlaku apabila tekanan di dalam saluran darah arteri sentiasa pada kadar yang tinggi daripada kadar biasa. Akibatnya, jantung pesakit itu terpaksa bekerja keras lebih daripada biasa dan jika keadaan ini berlarutan untuk jangka masa yang panjang, pesakit itu akan mengalami masalah-masalah kesihatan yang serius. Kategori Penyakit Darah Tinggi  Penyakit darah tinggi terbahagi kepada dua iaitu : 1. Darah tinggi primer - merujuk kepada darh tinggi yang tidak mempunyai punca-punca yang jelas dan darah tinggi primer dihidapi oleh hampir 95% pesakit-pesakit darah tinggi di seluruh dunia. 2. Darah tinggi sekunder - selalunya disebabkan oleh penyakit-penyakit lain yang menjejaskan organ seperti buah pinggang, saluran darah atau jantung. ...