Posts

Showing posts with the label Bayi Menyusu Kenyang

Vitamin Untuk Banyakkan Susu Ibu?

Image
Adakah vitamin yang berfungsi untuk banyakkan susu ibu? Ramai ibu yang resah gelisah tatkala susu merudum, lalu mencari vitamin untuk milk booster. Benarkah vitamin ni berfungsi untuk membanyakkan susu ibu? Mula-mula kita bercakap tentang “konsep asas penyusuan susu ibu” dulu. Pengeluaran susu ibu adalah dari keperluan yang ada untuk penyusuan tersebut. Oleh kerana itu ibu-ibu disarankan menyusukan bayi secepat mungkin, dalam masa 30 minit selepas kelahiran. Dan kerapkan menyusu. Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu yang dihasilkan. Namun, keperluan zat makanan untuk ibu menyusu memang meningkat berbanding sebelum mengandung dan menyusu. Ditambah pula dengan tekanan yang dihadapi setiap hari, banyak faktor yang memungkinkan susu ibu menjadi kurang walaupun ibu masih konsisten mengepam dan menyusu secara terus. Pengambilan vitamin membantu ibu mengatasi masalah dalam dirinya seperti kurang nutrisi, stress, kurang rehat dan sebagainya, namun ibu ha...