CARA ATASI MASALAH SEMBELIT PADA KANAK-KANAK
Sembelit Usah Di Pandang Ringan Sembelit di kalangan bayi berusia kurang setahun dengan kanak-kanak yang berusia lebih setahun ketara berbeza. Tetapi di peringkat awal terutama bayi yang sembelit perlu diperiksa oleh doktor terlebih dahulu sama ada ianya normal atau tidak. Ini kerana di peringkat usia bayi kurang setahun ini banyak kemungkinan tanda masalah yang bakal berlaku apabila mereka kian membesar seperti masalah anatomi dibahagian rektum atau anus. Selain itu masalah berkaitan penyakit Hirschprung iaitu masalah yang ada kaitan dengan urat saraf dalam bahagian usus yang tak berfungsi dengan baik dan menyebabkan najis tak mampu untuk ditolak keluar. Hirschsprung disease Sembelit pada bayi yang menyusu badan sepenuhnya sangat jarang berlaku berbanding bayi yang diberi minum susu formula. Kebarangkalian bayi kecil yang minum susu formula adalah tinggi untuk mengalami masalah sembelit ni Tapi jangan risau ia adalah normal jika bayi sudah mula makan m...