CARA ATASI MASALAH SEMBELIT PADA KANAK-KANAK

Sembelit Usah Di Pandang Ringan


Sembelit di kalangan bayi berusia kurang setahun dengan kanak-kanak yang berusia lebih setahun ketara berbeza. Tetapi di peringkat awal terutama bayi yang sembelit perlu diperiksa oleh doktor terlebih dahulu sama ada ianya normal atau tidak.

Ini kerana di peringkat usia bayi kurang setahun ini banyak kemungkinan tanda masalah yang bakal berlaku apabila mereka kian membesar seperti masalah anatomi dibahagian rektum atau anus.

Selain itu masalah berkaitan penyakit Hirschprung iaitu masalah yang ada kaitan dengan urat saraf dalam bahagian usus yang tak berfungsi dengan baik dan menyebabkan najis tak mampu untuk ditolak keluar.

Hirschsprung disease

Sembelit pada bayi yang menyusu badan sepenuhnya sangat jarang berlaku berbanding bayi yang diberi minum susu formula. Kebarangkalian bayi kecil yang minum susu formula adalah tinggi untuk mengalami masalah sembelit ni

Tapi jangan risau ia adalah normal jika bayi sudah mula makan makanan pejal. Faktor dehidrasi yang teruk juga menjadi punca bayi dan kanak-kanak sembelit.
Bayi dan kanak-kanak yang sukar membuang air besar dengan baik akan selalu meragam kerana rasa tak selesa. Bukan sahaja sukar mengeluarkan najis yang keras dan banyak tetapi ada juga yang mengalami luka dan pendarahan setiap kali untuk membuang.

Kalau dah sampai tahap pendarahan dan luka tu memang kesian sangat pada si kecil, mesti fobia kan setiap kali nak membuang. Kita yang dewasa ni pun kalau sembelit tak tahan nak menanggung sakit tu pedih lagi. Ni anak kecil lagi bertambah sayu tengok kan ? Sebelum tu kita semak dulu tanda-tanda awal sembelit ni.


TANDA ANAK MENGALAMI SEMBELIT 

● Najis keras dan kering
● Najis susah dan sakit untuk dikeluarkan
● Bayi atau kanak-kanak akan meneran dengan teruk dalam keadaan yang termengah-mengah


PUNCA BERLAKU SEMBELIT 

Anak yang mengalami sembelit tidak mengalami masalah besar yang lain cuma usus besar mereka tak stabil dan ia mudah menjadi kembung kerana usus besar menyerap terlalu banyak air keluar daripada najis dan menjadi najis keras dan susah nak dikeluarkan.

● Bayi yang diberi susu tepung lebih tinggi untuk mengalami sembelit
● Bayi yang lahir kurang hormon thyroid (hypothyroid) selalu mengalami masalah sembelit
● kanak-kanak tidak gemar ke tandas


SIMPTOM ANAK SEMBELIT TERUK

Simptom ini boleh kita pantau sama ada anak mengalami sembelit atau tidak.

● kurang berselera
● selalu menangis setiap kali meneran untuk membuang air besar
● meragam
● sakit perut dan tidak rasa selesa di bahagian abdomen
● perut kelihatan buncit
● berat badan kurang meningkat
● boleh membawa kepada infeksi kencing kerana susah untuk membuang air kecil di mana najis yang keras dalam tali perut menekan bahagian pundi kencing
● kekuningan yang lambat reda selepas dilahirkan
● hilang selera makan dan perut mudah kembung
● membuang air besar sebanyak 3 kali dalam seminggu


Berikut adalah testimoni daripada seorang pengguna Shaklee yang berikhtiar dengan suplemen Shaklee untuk atasi masalah sembelit anaknya. Ikuti kisah perjalanan beliau .



MEI 2016 (MUSIM KEDUA)
TESTIMONI 34: NAJIHAH ABDUL MUTALIB

[SELEPAS AMALKAN MEAL SHAKES, ANAK SAYA TIDAK LAGI FOBIA UNTUK KE TANDAS]

Assalamualaikum.

Saya dan keluarga telah mengamalkan produk Shaklee sejak penghujung tahun 2012. Salah satu #shakleeeffect paling menggembirakan hati saya ialah kesan yang dialami oleh anak sulung saya, Muhammad Haziq yang kini berusia 12 tahun. Jom saya kongsikan kisah anak saya dengan anda di sini.
.
Sejak berusia setahun lebih, Haziq sudah mengalami masalah sembelit atau susah untuk membuang air besar. Pelbagai cara yang dah saya lakukan, namun setiap kali nak membuang pasti dia akan mengalami kesukaran. Najisnya keras dan menyebabkan pendarahan berlaku. Bila situasi ini terjadi, Haziq akan menangis setiap kali hendak membuang air besar dan akhirnya menjadi fobia untuk ke tandas.
.
Sebagai ibu, saya sangat susah hati melihat keadaan anakanda tersayang. Bahkan saya turut menangis setiap kali melihat ‘kesengsaraan’ yang beliau alami waktu itu. Keadaan menjadi bertambah teruk kerana anak sulung saya ini kurang gemar makan sayur.
.
Setelah saya mula kenal dengan Shaklee, saya mencari banyak maklumat berkaitan vitamin untuk kanak-kanak yang dapat membantu masalah sembelit anak saya. Setelah saya melakukan pembacaan tentang testimoni dan kebaikan Meal Shakes iaitu multivitamin lengkap untuk anak-anak, saya pun membuat keputusan untuk cuba memberikannya kepada anak saya, Haziq.
.
Alhamdulillah, saya amat bersyukur selepas beberapa lama memberikan Meal Shakes kepada beliau, saya perasan Haziq tidak lagi merasa takut untuk membuang air besar. Pada awal-awal amalkan Meal Shakes dulu, selang sehari atau dua hari pasti beliau akan membuang air besar dan secara tak langsung akan mengelakkan najis beliau menjadi keras. 
.
Kalau sebelumnya dulu, pernah hampir 3 minggu dia tak ke tandas..kalau ke tandas pun, Haziq akan duduk dalam tandas berjam-jam lamanya setiap kali nak membuang. Dan setiap kali itu juga saya akan tunggu di luar pintu tandas, nak tahu apa masalahnya. Setelah saya perasan perubahan positif yang anak saya alami, saya pun bertanyakan beliau bagaimana keadaan beliau, adakah masih mengalami sembelit atau susah nak membuang air besar.
.
Haziq yang berusia lebih kurang 9-10 tahun ketika itu memberitahu saya, beliau tak alami masalah lagi sewaktu nak buang air besar. Tak ada rasa sakit lagi dan tak berlaku pendarahan lagi. Saya sangat bersyukur mendengar cerita anak saya ini kerana dengan izin Allah derita sembelit yang beliau alami sejak beberapa tahun akhir pulih dengan bantuan vitamin Shaklee iaitu Meal Shakes yang dah saya berikan pada beliau. Saya juga menggalakkan beliau untuk mengambil air kosong yang mencukupi setiap hari.
.
Sehingga kini saya masih terus memberikan anak-anak saya minuman yang dicampur dengan Meal Shakes. Haziq sangat aktif dengan pelbagai aktiviti ko kurikulum di sekolah mahupun di luar sekolah tanpa sebarang gangguan lagi. Kekadang, masalah sembelit memang akan memberi masalah kepada anak-anak kita untuk bergerak aktif dalam sebarang aktiviti. Dan sekiranya dibiarkan masalah sembelit itu, ia boleh membawa kepada satu lagi masalah yang berkait iaitu buasir.
.
Jadi, kepada ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang sering mengalami masalah sembelit atau susah untuk membuang air besar, saya sangat menyarankan agar anda semua memberikan Meal Shakes kepada anak anda sebagai satu ikhtiar untuk mengatasi masalah tersebut. Meal Shakes mengandungi 19 vitamin dan mineral penting yang amat diperlukan oleh tubuh badan anak-anak kita. Selain baik untuk sembelit, Meal Shakes juga dapat membantu menambah selera makan anak-anak, menguatkan system imun, asthma, eczema dan lain-lain lagi. Dan yang bestnya, ia amat sesuai untuk dewasa dan anak-anak yang susah untuk menelan pil!
.
Demikianlah satu lagi kisah #shakleeeffect keluarga saya yang ingin saya kongsikan dengan nada semua. Kami dah mengamalkan Shaklee, anda bila lagi? Shaklee dijamin HALAL, SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. Cubalah hari ini.

NOTA : Mealshakes adalah sesuai untuk anak berusia 1 tahun dan ke atas.


Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Suplemen Shaklee?

Hubungi terus ASIAH melalui whatsapp 6019-8855676

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia. Dengan setiap panduan pengambilan suplemen Shaklee yang tepat dan betul.

Untuk lebih mudah dan cepat, anda juga boleh membuat pembelian terus di Esell. Pembayaran boleh menggunakan kad debit atau kad kredit. KLIK Esell di bawah untuk ORDER SEGERA.


Comments

Popular posts from this blog

5 CARA UNTUK KECUTKAN FIBROID TANPA PERLU PEMBEDAHAN

7 SEBAB KENAPA ANDA HARUS PILIH YOUTH SKINCARE

PULIHKAN KULIT MUKA ROSAK DENGAN BAHAN SEMULAJADI