5 CARA UNTUK KECUTKAN FIBROID TANPA PERLU PEMBEDAHAN
Fibroid merupakan ketumbuhan pada dinding rahim yang kebiasaannya terjadi di kalangan wanita semasa tahun-tahun reproduktif mereka dan mengecut atau hilang selepas menopause. Walaupun fibroid bukanlah kanser, maksudnya sel ini tak merebak dan merosakkan sel lain tapi saiz fibroid boleh membesar dan menyebabkan masalah seperti pendarahan haid yang banyak, sakit di bahagian pelvis, sakit belakang, kekejangan dan boleh mengganggu kepada kesuburan wanita. Ada juga sesetengah wanita tidak mengalami apa-apa simptom dan menyebabkan mereka tidak sedar mereka sebenarnya mempunyai fibroid. Walaupun punca terjadinya fibroid masih tidak dapat dipastikan, namun pertumbuhannya dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon estrogen dan progesteron , dan juga keturunan . Jadi, sekiranya anda mempunyai ibu atau kakak yang mempunyai fibroid, kebarangkalian anda untuk mempunyai fibroid juga tinggi. Walaupun fibroid boleh mengecut sendiri, terutamanya selepas menopaus, namun pembedahan ...