5 CARA KECUTKAN CYST TANPA PERLU PEMBEDAHAN
kanser yang boleh ada pada mana-mana bahagian badan. Di kalangan wanita yang berada pada usia reproduktif, cyst kerap dijumpai di bahagian ovari. Walaupun cyst bukanlah penyakit yang berbahaya, tetapi kehadirannya menjadi kebimbangan ramai wanita. Ini kerana cyst berpotensi untuk membesar dan menyebabkan komplikasi penyakit lain yang boleh memudaratkan.
Bila cyst semakin membesar, ia boleh menyebabkan rasa sakit dan ketidakselesaan pada perut, serta mengganggu kitaran haid. Paling teruk, cyst boleh pecah atau menyebabkan kerosakan pada ovari. Disebabkan kemungkinan ini, cyst yang semakin membesar biasanya dicadangkan menjalani pembedahan buang cyst.
PUNCA OVARIAN CYST
Ovarian cyst adalah satu kantung atau karung berisi cairan berbentuk lendir, air atau darah yang berada di dalam kilang telur. Ia boleh membesar tanpa disedari. Dianggarkan 60 hingga 70 peratus kes ovarian cyst tidak disedari kerana ia tidak menunjukkan gejala dan dikesan secara tidak sengaja.Kebanyakan ovarian cyst berkembang hasil dari kitaran menstruasi. Dalam keadaan normal, ovari mengembangkan struktur seperti cyst yang dipanggil folikel setiap bulan. Folikel menghasilkan hormon estrogen dan progesteron dan melepaskan telur bila wanita alami ovulasi. Bila folikel ini terus-menerus membesar selepas telur dilepaskan, ia dikenali sebagai functional cyst. Cyst jenis ini paling biasa ditemui dan akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa bulan.
Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang tumbuh bukan berkaitan dengan menstruasi dan ia termasuk:
1. Dermoid cyst - terjadi daripada sel yang menghasilkan telur pada ovari, kadangkala bercampur dengan tisu rambut, lemak dan rawan. Ia adalah cyst yang dibawa sejak kecil dan kadangkala kehadirannya tidak disedari.
2. Endometriomas - terjadi akibat dari keadaan di mana sel-sel endometrium rahim tumbuh di luar rahim (endometriosis). Sesetengah tisu boleh melekat pada ovari anda dan membentuk pertumbuhan.
3. Cystadenomas - tumbuh di atas permukaan ovari dan mungkin dipenuhi dengan bahan berair atau lendir.
Dermoid cyst dan cystadenomas boleh menjadi besar, menyebabkan ovari bergerak keluar dari kedudukan. Ini meningkatkan peluang ovari berpusing, yang disebut kilasan ovari. Kilasan ovari juga boleh menyebabkan pengurangan atau penghentian aliran darah ke ovari.
CARA KECUTKAN OVARIAN CYST
Sebelum pembedahan menjadi pilihan terakhir yang kita ada untuk merawat ovarian cyst, adalah lebih baik kita mulakan pendekatan semulajadi untuk bantu mengecutkan cyst sebaik sahaja kita menyedari kehadirannya dalam tubuh kita. Berikut 5 cara berkesan yang boleh bantu kecutkan cyst secara semulajadi.1. KURANGKAN ESTROGEN
Ketidakseimbangan hormon, khususnya etrogen berlebihan adalah faktor utama penyumbang kepada ovulasi tidak teratur yang seterusnya mengakibatkan pembentukan ovarian cyst. Terlalu banyak pendedahan kepada xenostrogen, iaitu bahan toksik yang mempunyai kesan pada hormon tubuh, juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan.
Oleh itu, elakkan makanan yang boleh menyumbang kepada estrogen berlebihan terutama makanan yang diproses, makanan dalam tin dan plastik kerana mengandungi pelbagai bahan kimia yang bertindak seperti estrogen.
Antara makanan yang harus dielakkan ialah soya, gula, daging dan produk tenusu kecuali kesemuanya adalah produk organik.
Selain itu, elakkan juga penggunaan produk penjagaan kulit yang mengandungi paraben dan minyak mineral dan kurangkan minum air dari botol plastik.
2. RAWATAN HERBA
Penggunaan herba dalam rawatan untuk cyst dapat membantu menyuburkan sistem endokrin dan menggalakkan keseimbangan hormon, ovulasi yang tetap dan perbaiki peredaran darah ke organ-organ reproduktif. Antara herba yang boleh bantu dalam proses pengecutan cyst;
- Akar Maca : membantu badan mengeluarkan progesteron.
- Akar cohosh hitam: membantu mengawal kitaran haid dan melegakan kesakitan ovari.
- Biji milk thistle : menyokong keseimbangan hormon dan kesihatan hati.
- Vitex (buah berry): mengawal keseimbangan hormon, menggalakkan ovulasi dan memperbaiki masa kitaran haid
Jangan gunakan rawatan herba jika anda sedang mengandung atau menyusukan anak.
3. UBAH PEMAKANAN
Mengubah diet seseorang boleh memberi kesan mendalam dalam pembentukan ovarian cyst. Kurangkan makan daging dan produk keju dapat mengurangkan terjadinya cyst. Masukkan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, dan biji-bijian dalam makanan harian anda.
Disarankan untuk mengamalkan diet vegetarian sehinggalah cyst mengecut atau hilang.
4. KEKALKAN BERAT BADAN SIHAT
Mempunyai terlalu banyak lemak yang berlebihan menyebabkan tubuh menghasilkan estrogen yang berlebihan. Mengurangkan berat badan dan mengekalkan indeks jisim badan (BMI) di bawah 25 akan membantu menghilangkan cyst dan mencegahnya daripada berulang.
Perubahan diet dan senaman dapat membantu mencapai matlamat ini.
5. SUPLEMEN
Selain daripada ubat-ubatan herba dan perubahan diet, terdapat juga beberapa vitamin dan suplemen yang boleh membantu memulihkan keseimbangan hormon dan seterusnya mengecutkan cyst.
Berikut adalah kombinasi supplemen yang boleh membantu mengcutkan cyst dan mencegahnya dari berulang.
Antara yang bagus diamalkan ialah vitamin A, C, E, GLA dan Vivix suplemen.
GLA Complex
GLA Complex adalah omega-6 yang membantu mengurangkan keradangan dan bertindak membetulkan kembali hormon yang bercelaru dan tidak seimbang. Ia akan membantu menyeimbangkan kembali hormon estrogen dan progesteron.
Vitamin A,C,E
Vitamin ACE terdiri daripada gabungan Carotomax (vitamin A), Vitamin C dan Vitamin E. Ketiga-tiganya merupakan antioksidan penting untuk membunuh hormon xenoestrogen.
Ia penting untuk mengelakkan pertumbuhan abnormal sel seterusnya mengelakkan cyst kembali membesar.
Vivix
Vivix mengandungi gabungan resveratrol dan polyphenols yang sangat berkuasa untuk memastikan sel kekal bertenaga dan muda. Ia membantu memperbaiki dan memulihkan serta membantu menghasilkan sel tubuh yang baru sehingga ke peringkat DNA.
Vivix terbukti mampu merencatkan pertumbuhan sel tidak normal dari cyst dan menghalang pertumbuhan semula sel tidak normal.
Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Suplemen Shaklee?
Hubungi terus ASIAH melalui whatsapp 6019-8855676
Saya adalah Pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia. Dengan setiap panduan pengambilan suplemen Shaklee yang tepat dan betul.
Untuk lebih mudah dan cepat, anda juga boleh membuat pembelian terus di Esell. Pembayaran boleh menggunakan kad debit atau kad kredit. KLIK Esell di bawah untuk ORDER SEGERA.
Saya dah buat ultrasound,didapati ada ketumbuhan pd ovari sebelah kiri,6 cm..doc menasihatkan saya supaya membuat pembedahan .
ReplyDeleteApakah suplement yg saya boleh saya kecutkan atau hilangkan ketumbuhan 6cm itu. Tk