Posts

Showing posts with the label garlic cokplex

CARA KAWAL KOLESTEROL TINGGI DENGAN BERKESAN

Image
Masalah kolesterol tinggi dalam darah antara punca utama kepada masalah jantung dan strok. Ramai di antara kita yang masih tidak tahu lagi, apa itu kolesterol. Kegagalan mengambil langkah berkesan untuk kawal kolesterol dalam darah boleh memberi risiko yang berbahaya kepada kesihatan diri. KENAPA KOLESTEROL BAHAYA? Kolesterol di dalam darah boleh memudaratkan sekiranya berlebihan. Bukan semua kolesterol jahat. Kolesterol ada dua jenis, kolesterol baik (HDL) dan kolesterol jahat (LDL). Setiap satu mempunyai fungsi dan kesan kepada pengaliran darah di dalam sistem badan manusia. Secara asasnya, HDL akan membantu melancarkan perjalanan darah dan menyahkan jumlah kolesterol jahat (LDL) ke usus untuk dikeluarkan dari badan. LDL lak jenis kolesterol jahat yang boleh menyebabkan pembentukan plak di dalam saluran darah yang akan menghalang pelancaran perjalanan darah di dalam saluran darah. Makin lama, plak ini makin banyak dan boleh membantutkan perjalanan darah ke jantung, seteru...

TANDA-TANDA PENYAKIT DARAH TINGGI DAN CARA ATASINYA

Image
Apa itu Darah Tinggi ? Penyakit darah tinggi atau "Hypertension" merupakan satu daripada penyakit yang banyak dihadapi oleh bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga oleh ramai manusia di seluruh dunia. Penyakit darah tinggi ini berlaku apabila tekanan di dalam saluran darah arteri sentiasa pada kadar yang tinggi daripada kadar biasa. Akibatnya, jantung pesakit itu terpaksa bekerja keras lebih daripada biasa dan jika keadaan ini berlarutan untuk jangka masa yang panjang, pesakit itu akan mengalami masalah-masalah kesihatan yang serius. Kategori Penyakit Darah Tinggi  Penyakit darah tinggi terbahagi kepada dua iaitu : 1. Darah tinggi primer - merujuk kepada darh tinggi yang tidak mempunyai punca-punca yang jelas dan darah tinggi primer dihidapi oleh hampir 95% pesakit-pesakit darah tinggi di seluruh dunia. 2. Darah tinggi sekunder - selalunya disebabkan oleh penyakit-penyakit lain yang menjejaskan organ seperti buah pinggang, saluran darah atau jantung. ...