TANDA-TANDA PENYAKIT DARAH TINGGI DAN CARA ATASINYA
Apa itu Darah Tinggi ?
Penyakit darah tinggi atau "Hypertension" merupakan satu daripada penyakit yang banyak dihadapi oleh bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga oleh ramai manusia di seluruh dunia. Penyakit darah tinggi ini berlaku apabila tekanan di dalam saluran darah arteri sentiasa pada kadar yang tinggi daripada kadar biasa. Akibatnya, jantung pesakit itu terpaksa bekerja keras lebih daripada biasa dan jika keadaan ini berlarutan untuk jangka masa yang panjang, pesakit itu akan mengalami masalah-masalah kesihatan yang serius.
Kategori Penyakit Darah Tinggi
Penyakit darah tinggi terbahagi kepada dua iaitu :
1. Darah tinggi primer - merujuk kepada darh tinggi yang tidak mempunyai punca-punca yang jelas dan darah tinggi primer dihidapi oleh hampir 95% pesakit-pesakit darah tinggi di seluruh dunia.
2. Darah tinggi sekunder - selalunya disebabkan oleh penyakit-penyakit lain yang menjejaskan organ seperti buah pinggang, saluran darah atau jantung.
Mana-mana pesakit darah tinggi yang tidak mengawal penyakit ini dengan baik, pesakit tersebut mempunyai risiko yang tinggi untuk diserang angin ahmar (stroke), masalah saluran darah (aneurysm), serangan jantung (coronary heart attack) dan turut boleh menyebabkan penyakit buah pinggang yang kronik.
Statistik kes-kes Penyakit Darah Tinggi di Malaysia
Menurut kajian oleh Persatuan Hipertensi Malaysia didapati bahawa hampir 4.8 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit darah tinggi dan sekurang-kurangnya 42% orang dewasa Malaysia yang berusia lebih dan 30 tahun menghidap penyakit darah tinggi. Apa yang lebih mengecewakan, tidak sampai 10% daripada jumlah pesakit darah tinggi di Malaysia yang dapat mengawal tekanan darah mereka untuk berada di dalam kadar yang dianggap sihat.
Punca Penyakit Darah Tinggi
Walaupun penyebab sebenar penyakit darah tinggi masih belum dapat dikenalpasti , terdapat beberapa faktor yang telah dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Faktor-faktor ini didapati telah meninggikan risiko untuk mendapat penyakit darah tinggi. Di antara punca-punca utama yang dikenalpasti adalah :
- faktor keturunan
- usia yang meningkat
- pemakanan yang tidak seimbang
- kurang bersenam
- berat badan yang berlebihan
- pengambilan garam dan lemak atau minyak yang berlebihan di dalam diet
- stress yang tinggi
- penyakit -penyakit lain seperti hipertiroid , Sindrom Cushing , masalah buah pinggang dan sebagainya.
Selain dari itu, sikap suka makan berlebihan walaupun sudah kekenyangan turut boleh menyumbang kepada masalah penyakit darah tinggi. Malah, di dalam Islam kita dilarang daripada makan dengan cara berlebih-lebihan.
Firman Allah swt di dalam surah Al-A'raaf ayat 31
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat beribadat (atau mengerjakan solat) dan makanlah serta minumlah , dan jangan pula kamu melampau-lampai , sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas."
Tanda-Tanda Awal Darah Tinggi
Penyakit darah tinggi selalunya tidak mempunyai sebarang tanda-tanda awal. Malah , seseorang itu kebiasaannya didapati menghidapi penyakit darah tinggi selepas menjalani pemeriksaan kesihatan untuk sakit-sakit lain.
Namun , terdapat pesakit darah tinggi yang mengadu mengalami pening kepala, vertigo. telinga berdengung atau berdesing, selalu pitam dan sebagainya.
Rawatan Moden Penyakit Darah Tinggi
Matlamat utam dalam rawatan penyakit darah tinggi adalah untuk mengawal kadar tekanan darah supaya tekanan darah tersebut senantiasa berada pada tahap normal atau biasa. Kebiasaannya, langkah pertama rawatan yang disyorkan oleh doktor adalah perubahan dalam cara hidup yang lebih aktif dan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang. Malah penurunan berat badan dan berhenti merokok turut didapati sangat membantu untuk mengawal kadar tekanan darah tinggi buatramai pesakit. Jikalau penyakit darah tinggi tidak dapat dikawal dengan langkah-langkah awal tersebut , pesakit turut diberi beberapa jenis ubat hospital yang berkesan untuk ramai pesakit dalam mengawal kadar tekanan darah.
Namun , kebergantungan kepada ubat yang mengandungi dadah secara berpanjangan akan mendatangkan kesan buruk ke dalam darah dan sistem badan itu sendiri. Lantas , ia boleh menyebabkan pesakit mengalami kesan kesihatan yang teruk untuk jangka masa panjang.
Apa Shaklee Boleh Bantu ?
Atas kesedaran tentang keburukan penggunaan dadah untuk jangka masa panjang , Shaklee menawarkan kaedah untuk mengurangkan kesan dan boleh mencegah seseorang daripada mempunyai masalah tekanan darah tinggi.
Set ini terdiri daripada 4 vitamin ;
- VIVIX - melindungi DNA , memperbaiki DNA dan memberi impak positif kepada pengawalan genetik. Melindungi dan mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung. Membantu dalam proses penurunan berat badan. Menigkatkan kesihatan imun badan dan menggalakkan kesihatan keseluruhan.
- OMEGA GUARD - Omega 3 telah diuji dan terbukti dalam mengurangkan tekanan darah tinggi. Kajian terbaru dari Amerika Heart Association Journal telah menunjukkan Omega 3 merendahkan tekanan darah berbanding orang yang tidak mengambilnya. Bertindak melancarkan saluran darah dan membuang kolestrol di dalam darah.
- GARLIC COMPLEX - membantu mengekalkan tekanan darah normal dan paras kolestrol. Menggalakkan kesihatan kardiovaskular. Menurunkan kolestrol LDL , trigliserida dan kelikatan darah.
- CoQ-Trol Plus - selain untuk jantung yang sihat , kajian klinikal menunjukkan CoQ 10 boleh mengurangkan tekanan darah dalam tempoh 4-12 minggu. CoQ10 berpotensi menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diasolik sebanyak 10 mm Hg , tanpa kesan sampingan ketara.
Di sini saya kongsikan testimoni yang dah berjaya sihat dengan Shaklee:
Testimonial 1
Testimonial 2
Testimonial 3
Testimonial 4
Testimonial 5
Dapatkan Set Darah Tinggi Shaklee sekarang untuk dapatkan harga yang terbaik !!
Comments
Post a Comment