JENIS-JENIS MIGRAINE YANG PERLU ANDA TAHU
Migrain adalah salah satu penyebab sakit kepala. Ia juga dikenali sebagai ‘Vascular Headache’ . Migraine adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja. Adakalanya ia bermula di sebelah kepala dan kemudiannya melarat ke kedua dua belah bahagian kepala. Migrain juga boleh menyebabkan gejala berikut : pening , loya , muntah , cirit-birit dan sensitif terhadap bunyi dan cahaya . Bagaimana Migraine Berlaku Saluran-saluran darah di dalam kepala membekalkan darah ke kulit kepala serta otak. Migraine berlaku apabila saluran darah di kepala mengembang lebih besar daripada biasa. Urat saraf sensori yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah menjadi terangsang dan menghantar isyarat sakit ke otak. Beberapa perkara yang mencetuskan serangan migrain adalah: Stress atau tekanan Pengambilan alkohol Sesetengah jenis makanan seperti coklat, keju, kopi dan teh Makanan yang berminyak Tidak cukup tidur Perubahan h...