CARA NAIKKAN HB KETIKA HAMIL
Sepanjang tempoh kehamilan, ada para ibu yang mengalami kehamilan tanpa sebarang masalah. Malah tanpa loya, pening, masalah darah tinggi , gula terlebih, HB rendah adalah yang diidamkan oleh semua ibu yang hamil dan mengandung. Ada para ibu yang mengalami HB rendah semasa hamil. Ini dapat dipastikan semasa ujian darah yang dilakukan semasa trimester kedua. Ujian darah ini merupakan amalan normal check up ibu-ibu mengandung dan hamil di Malaysia. HB rendah semasa mengandung bukanlah perkara yang luar biasa. Ramai dalam kalangan ibu mengandung yang mengalami masalah yang sama tentang masalah ini. Pada fasa awal kelahiran, kebiasaannya, bacaan hemoglobin atau HB ibu hamil kebanyakkannya berada di tahap normal. Namun, apabila fasa kehamilan semakin bertambah atau usia kandungan semakin meningkat, bacaan HB akan mula menunjukkan angka penurunan. Adakah indeks penurunan HB ini membawa petanda positif atau negatif? Bagi ibu yang mungkin pertama kali tentu agak terkejut deng...