KESILAPAN BESAR IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK
BAD PARENTING - GADGET vs JERIT Kesilapan besar saya dalam mendidik anak adalah dengan memberikan dia TABLET (TAB) . Ketika itu anak saya Muhammad Jibriel Emand baru berusia setahun setengah. Tujuan awal "kononnya" supaya dia : 1) Mudah mengenal huruf dan belajar melalui software interaktif pintar yang menarik dan menyeronokkan; 2) Emand ini sub-modality nya adalah "kinestetik" iaitu jenis anak sangat sangat lincah, aktif dan memang langsung tak boleh duduk diam. Maka dengan adanya TAB, dunia dilihat menjadi aman seketika kerena dia leka bermain TAB tersebut (terutamanya di meja makan). Pada usia beliau 3 tahun , dia sudah boleh men "download" game-game yang beliau suka dan dengan jarinya yang kecil itu dia sudah mampu untuk "create new folder" bagi mengisi game baru yang telah dimuatnaik. Sewaktu umur beliau 4 tahun , dia sudah bermain "Zombie Plant" pada "level" yang tinggi. Beliau akan menjadi "tutor...