11 MAKANAN YANG BOLEH MENGURANGKAN KOLESTEROL
Kolesterol yang tinggi dalam badan seseorang mampu diturunkan dengan beberapa langkah mudah yang lebih effektif iaitu dengan diet makanan. Jadi, jom kita tengok 11 jenis makanan yang mampu menurunkan kadar kolesterol anda: 1. Oat – Untuk menurunkan kolesterol anda, perkara yang paling mudah adalah dengan menukar hidangan sarapan anda. Anda dinasihatkan untuk mengambil dua hidangan oat atau bijirin membolehkan anda menurunkan kadar LDL kolesterol sebanyak 5.3% dalam masa 6 minggu. Zat yang terdapat dalam oat iaitu beta-glucan boleh menyerap kolesterol LDL dan kemudian dikeluarkannya. 2. Salmon & lemak ikan – Lemak omega 3 telah diuji mampu memperbaiki kesihatan jantung. Menurut kajian Loma Linda University, minyak omega guard seperti salmon dan sardin mampu meningkatkan kolesterol baik sebanyak 4%. Anda boleh masak ikan salmom dan brokoli dengan bakarnya separuh masak. 3. Kekacang – Pengambilan 1.5 auns kacang walnut pada setiap 6 hari dalam seminggu untuk sebu...