CARA KAWAL KOLESTEROL TINGGI DENGAN BERKESAN



Masalah kolesterol tinggi dalam darah antara punca utama kepada masalah jantung dan strok. Ramai di antara kita yang masih tidak tahu lagi, apa itu kolesterol. Kegagalan mengambil langkah berkesan untuk kawal kolesterol dalam darah boleh memberi risiko yang berbahaya kepada kesihatan diri.


KENAPA KOLESTEROL BAHAYA?

Kolesterol di dalam darah boleh memudaratkan sekiranya berlebihan. Bukan semua kolesterol jahat. Kolesterol ada dua jenis, kolesterol baik (HDL) dan kolesterol jahat (LDL). Setiap satu mempunyai fungsi dan kesan kepada pengaliran darah di dalam sistem badan manusia.

Secara asasnya, HDL akan membantu melancarkan perjalanan darah dan menyahkan jumlah kolesterol jahat (LDL) ke usus untuk dikeluarkan dari badan. LDL lak jenis kolesterol jahat yang boleh menyebabkan pembentukan plak di dalam saluran darah yang akan menghalang pelancaran perjalanan darah di dalam saluran darah. Makin lama, plak ini makin banyak dan boleh membantutkan perjalanan darah ke jantung, seterusnya menyebabkan serangan jantung dan pelbagai penyakit lagi.

Bahaya kolesterol ini ianya boleh dihadapi oleh semua golongan. Sekarang ni, ramai budak-budak muda, walaupun aktif bersukan, saiz badan ideal (tak gemuk)  terkena serangan jantung dan meninggal dunia. Kolesterol tinggi ni sukar nak dikesan kecuali dengan pemeriksaan berkala tahap kolesterol dalam badan.



TANDA-TANDA KOLESTEROL TINGGI DALAM BADAN.

Seseorang yang mempunyai tahap kolesterol tinggi biasanya mempunyai tanda-tanda seperti berikut:

[X] Sering berasa kebas-kebas pada kaki.

[X] Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.

[X] Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.

[X] Sering berasa sakit kepala.

[X] Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.

[X] Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.

[X] Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Hal ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi.


CARA MENGURANGKAN TAHAP KOLESTEROL TINGGI DALAM BADAN.

1. UBAH GAYA HIDUP & PEMAKANAN.

Jauhi makanan yang mengandungi lemak tepu seperti daging, produk tenusu, santan, minyak kelapa sawit, aiskrim, coklat, susu pekat manis kerana ia boleh meningkatkan kolesterol jahat (LDL). Elakkan juga makanan yang mengandungi lemak trans (lemak terhidrogen) yang terkandung dalam makanan komersial seperti kek, biskut, snek, mentega kacang dan makanan proses seperti sosej, nuget, burger dan donut.

Makanan yang mengandungi lemak tak tepu dapat mengurangkan serangan jantung kerana mengandungi anti-oksida dan tidak akan meningkatkan paras kolesterol jahat. Makanan ini seperti jenis minyak zaitun/jagung/kanola dan jenis ikan seperti salmon, tuna, cencaru, tongkol selain bijian, kekacang dan margerin tidak tepu(soft). Paling penting, elakkan penggunaan minyak berulang kali untuk menggoreng terutama minyak tidak tepu.

Pada tahun 1997, Lembaga Makanan dan Perubatan Amerika Syarikat (FDA) telah mengesahkan bahawa serat mudah larut yang terkandung di dalam oat boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Selain oat, anda juga boleh mengambil kacang pis dan kekacang yang mengandungi kandungan serat yang tinggi.


2. BERSENAM DENGAN TERATUR

Melakukan senaman secara teratur sekurang-kurang 30 minit setiap sesi 5 kali seminggu mampu mengurangkan kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kesihatan baik (HDL). Selain mampu membakar lemak berlebihan yang tidak
diperlukan oleh tubuh, senaman juga mampu menurunkan berat badan dan membantu pengaliran darah dengan lebih baik.

Kurangkan atau berhenti merokok. Merokok mengurangkan kandungan HDL di dalam badan anda.


3. MENGAMALKAN SUPPLEMENT YANG BETUL UNTUK MENURUNKAN KOLESTEROL

Dengan menjaga permakanan serta amalkan nutrisi yang lengkap, kolesterol dalam badan dapat dikawal dengan mengambil set kolesterol shaklee.

Mengandungi beberapa vitamin yang bagus dan sangat membantu, dari segi jantung dan tekanan darah.



VIVIX
=====
Terkenal dengan antioksidan yang tinggi,
Antioksidan dalam Vivix membantu dalam perlindungan sel termasuklah sel di sekitar bahagian salur darah.

Orang yang alami masalah kolestrol yang tinggi adalah disebabkan oleh plug atau kolestrol berlebihan dalam salur darah.

Fungsi Vivix ini, ia melindungi salur darah kita, jadi salur darah kita akan dilindungi dari kerosakan.

Kolestrol tidak boleh menempel pada salur darah yang boleh menyebabkan kolesterol berlebihan.

Resveraterol terbukti berkesan mencegah pembekuan kolesterol dari melekat di saluran darah.


PHYTOCOL-ST
=============
Fisoterol secara strukturnya adalah sama dengan kolestrol dan bersaing dengan kolestrol untuk penyerapan di dalam usus justeru meninggalkan kolestrol.

Ini bermaksud, lebih banyak fisoterol yang dimiliki tubuh anda, lebih kurang kolestrol yang diserap didalam badan!

Anda juga berpeluang menurunkan paras kolestrol LDL anda dengan pengambilan fisoterol.

Pyhtocol-ST sangat membantu dalam menurunkan paras kolesterol.


OMEGA GUARD
==============
Omega Guard adalah asid lemak dari minyak ikan omega-3.
Ia sangat tinggi dengan kolesterol HDL.

Ia berfungsi untuk membawa kolesterol keluar dari salur arteri ke hati untuk proses penyingkiran.

Dengan kehadiran HDL ia dapat merendahkan paras LDL, maka plak pada dinding arteri dapat dicairkan lantas dapat melancarkan aliran darah.

Omega Guard Shaklee kaya dengan Omega-3. Omega 3 ni yang berfungsi untuk menurunkan kolesterol yang ada dalam badan kita.

Asid lemak omega-3 yang terkandung dalam Omega Guard Shaklee ini lah yang membantu turunkan tahap kolesterol.

Dengan mengamalkan Omega-3 secara konsisten di dalam diet harian kita, ia dapat mengurangkan risiko kematian mengejut kerana Omega-3 dapat mencegah daripada penggumpalan darah.

OMEGA-3 ni dapat menurunkan kadar triglyceride dan kolesterol jahat, LDL.
Dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) dan seterusnya menurunkan tekanan darah. Kadar triglyceride dalam darah merupakan indikator terbaik bagi mengenalpasti kesihatan jantung kita.

Omega Guard Shaklee dapat membantu mengawal penjagaan jantung terutamanya di kalangan orang dewasa dan warga emas.


COQ-TROL PLUS

  • Mengurangkan debaran jantung
  • Memberikan tenaga kepada sel
  • Membantu pemulihan daripada pembedahan jantung
  • Menjadikan tekanan darah sihat


Dan paling penting, vitamin shaklee ni lebih selamat dan semulajadi untuk semua peringkat umur.

Vitamin lain yang membantu ada juga seperti VIVIX, PHYTOCOL, COQ-TROL dan GARLIC COMPLEX.

Untuk buat pembelian, anda boleh klik pada eSell dibawah.


Atau untuk sebarang pertanyaan, anda boleh klik pada whatsapp Asiah di bawah ya.


Comments

Popular posts from this blog

5 CARA UNTUK KECUTKAN FIBROID TANPA PERLU PEMBEDAHAN

PUNCA CYST, FIBROID DAN CARA ATASINYA

5 CARA KECUTKAN CYST TANPA PERLU PEMBEDAHAN