TANDA-TANDA PENYAKIT DARAH TINGGI DAN CARA ATASINYA
Apa itu Darah Tinggi ? Penyakit darah tinggi atau "Hypertension" merupakan satu daripada penyakit yang banyak dihadapi oleh bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga oleh ramai manusia di seluruh dunia. Penyakit darah tinggi ini berlaku apabila tekanan di dalam saluran darah arteri sentiasa pada kadar yang tinggi daripada kadar biasa. Akibatnya, jantung pesakit itu terpaksa bekerja keras lebih daripada biasa dan jika keadaan ini berlarutan untuk jangka masa yang panjang, pesakit itu akan mengalami masalah-masalah kesihatan yang serius. Kategori Penyakit Darah Tinggi Penyakit darah tinggi terbahagi kepada dua iaitu : 1. Darah tinggi primer - merujuk kepada darh tinggi yang tidak mempunyai punca-punca yang jelas dan darah tinggi primer dihidapi oleh hampir 95% pesakit-pesakit darah tinggi di seluruh dunia. 2. Darah tinggi sekunder - selalunya disebabkan oleh penyakit-penyakit lain yang menjejaskan organ seperti buah pinggang, saluran darah atau jantung. ...