RESEPI AYAM MASAK THAI


BAHAN A

10 ketul bahagian ayam (digoreng)
1 biji bawang besar/holland (potong bulat)
2 batang serai (dititik)
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
Sedikit air
Minyak
Daun limau purut
Garam secukupnya


BAHAN B (bahan kisar)

3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah
3 biji cili hijau
2 biji cili api


Cara memasak:

1. Mula-mula kita goreng dulu ayam hingga masak. Jangan terlebih masak pula ya, nanti keras pulak jadinya. Hihi.

2. Tumis serai yang dititik sampai naik bau. Kemudian, masukkan hirisan bawang besar dan daun limau purut. Tumis sehingga garing.

3. Kemudian, masukkan bahan yang sudah dikisar tadi, sos tiram, sos cili, dan air.

4. Lastly, masukkan ayam, dan garam secukup rasa. Siap ! Dah boleh makan. 😋


Nanti kalau dah try, boleh lah share ye. Selamat mencuba!

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA UNTUK KECUTKAN FIBROID TANPA PERLU PEMBEDAHAN

PUNCA CYST, FIBROID DAN CARA ATASINYA

5 CARA KECUTKAN CYST TANPA PERLU PEMBEDAHAN