5 CARA UNTUK KECUTKAN FIBROID TANPA PERLU PEMBEDAHAN
Fibroid merupakan ketumbuhan pada dinding rahim yang kebiasaannya terjadi di kalangan wanita semasa tahun-tahun reproduktif mereka dan mengecut atau hilang selepas menopause.
Walaupun fibroid bukanlah kanser, maksudnya sel ini tak merebak dan merosakkan sel lain tapi saiz fibroid boleh membesar dan menyebabkan masalah seperti pendarahan haid yang banyak, sakit di bahagian pelvis, sakit belakang, kekejangan dan boleh mengganggu kepada kesuburan wanita. Ada juga sesetengah wanita tidak mengalami apa-apa simptom dan menyebabkan mereka tidak sedar mereka sebenarnya mempunyai fibroid.
Walaupun punca terjadinya fibroid masih tidak dapat dipastikan, namun pertumbuhannya dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon estrogen dan progesteron, dan juga keturunan. Jadi, sekiranya anda mempunyai ibu atau kakak yang mempunyai fibroid, kebarangkalian anda untuk mempunyai fibroid juga tinggi.
Walaupun fibroid boleh mengecut sendiri, terutamanya selepas menopaus, namun pembedahan adalah perlu sekiranya saiz fibroid besar dan menjejaskan kualiti hidup penghidapnya. Kebanyakan doktor mengesyorkan pembedahan - sama ada myomectomy untuk membuang fibroid atau histerektomi untuk membuang rahim, dengan kemungkinan ovari dan tiub fallopio di buang sekali. Ini menyebabkan wanita tidak boleh hamil lagi.
Tetapi, ada rawatan semulajadi untuk kecutkan fibroid. Baca selanjutnya untuk ketahui cara-caranya.
5 Cara Semulajadi Untuk Cegah Atau Kecutkan Fibroid
1. Elakkan makanan yang menjadikan fibroid semakin teruk.
Antara makanan yang patut dielakkan termasuklah:Daging yang diproses dan mempunyai kandungan lemak yang tinggi - Ia boleh meningkatkan tahap keradangan dan kebiasaannya mengandungi bahan kimia tambahan. Jadi, daging jenis ini sangat tidak bagus diambil oleh wanita yang mempunyai fibroid. Contohnya seperti daging burger, sosej. Untuk memilih daging, pilihlah daging dari haiwan yang diberi makan rumput (grass-feed)
Tenusu konvensional - Contohnya tenusu bukan organik kerana ia mempunyai kandungan steroid yang sangat tinggi serta bahan kimia lain yang boleh mengubah hormon dan menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan fibroid.
Gula (refined) - Pengambilan gula halus boleh meningkatkan kesakitan dan mengurangkan fungsi imun dalam badan. Ia juga boleh menyebabkan pertambahan berat badan dan ketidakseimbangan hormon, dua faktor yang menggalakkan perkembangan fibroid. Kajian juga menunjukkan bahawa indeks glisemik pemakanan yang tinggi dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi terhadap fibroid rahim di kalangan sesetengah wanita.
Karbohidrat (refined) - Selain gula, 'refined' karbohidrat seperti bijirin segera juga perlu dielakkan kerana ia boleh menyebabkan tahap insulin meningkat mendadak dan hormon menjadi bercelaru.
Kafein - Terlalu banyak kafein membebankan badan, terutamanya hati anda. Apabila hati terpaksa kerja lebih dari yang sepatutnya, ia sedikit sebanyak menjejaskan fungsinya dalam menjaga kestabilan hormon. Minum lebih daripada dua cawan kopi setiap hari boleh meningkatkan tahap estrogen pada wanita dan boleh memburukkan lagi keadaan fibroid.
Alkohol - Pengambilan alkohol berlebihan boleh meningkatkan keradangan seluruh badan, mengurangkan fungsi imun dan menggalakkan ketidakseimbangan hormon. Dengan mengurangkan atau mengelakkan alkohol, anda boleh membantu badan anda untuk stabilkan hormon serta percepatkan proses pengecutan fibroid.
2. Amalkan pemakanan yang boleh menyembuhkan fibroid.
Makanan berikut sepatutnya dimasukkan dalam diet harian:Makanan organic - Pilih makanan organik untuk elakkan diri sebanyak mungkin dari terdedah kepada racun perosak. Racun perosak beri kesan terhadap estrogen dan tahap hormon lain. Memandangkan keseimbangan hormon adalah kunci utama rawatan semulajadi untuk fibroid, adalah lebih baik pilih makanan organik dalam diet seharian.
Sayuran berdaun hijau - Sayuran jenis ini menghalang perkembangan fibroid dalam badan wanita. Sayuran ini kaya dengan Vitamin K yang membantu dalam pembekuan darah dan mengawal pendarahan haid.
Sayuran dari kumpulan kobis - Ia membantu proses detoksifikasi hati dan bantu seimbangkan paras estrogen. Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan yang tinggi sayuran seperti brokoli, kubis, kubis Cina, tomato dan epal dipercayai menjadi faktor pelindung untuk fibroid. Pengambilan sayur-sayuran berkobis (dan buah-buahan segar) dipercayai mampu mengurangkan kejadian fibroid rahim di kalangan wanita.
Makanan kaya dengan beta-karotena - Semasa proses pencernaan, tubuh badan menukarkan beta karotena kepada vitamin A. Vitamin A menggalakkan pertumbuhan tisu yang sihat di samping membaiki tisu yang rosak, jadi, ianya sangat membantu dalam penyembuhan fibroid. Makanan yang tinggi beta-karotena termasuklah lobak merah, kentang manis, kale dan bayam.
Makanan kaya dengan zat besi - Fibroid kadangkala menyebabkan sesetengah wanita untuk kehilangan lebih banyak darah semasa kedatangan haid setiap bulan. Ini boleh membawa kepada anemia. Untuk menggantikan kehilangan zat besi, masukkan makanan tinggi zat besi dalam diet anda seperti daging lembu (grass-fed) dan kekacang untuk membantu menggantikan zat besi yang hilang besi dan seterusnya mencegah anemia.
Minyak ikan / minyak flaxseeds - Ia membantu seimbangkan tahap estrogen dalam badan, yang seterusnya boleh membantu untuk mengecutkan fibroid.
Bijirin penuh - Daripada bijirin halus (refined), adalah lebih baik memilih bijirin penuh yang lebih sihat seperti millet, beras perang, buckwheat, dan oat.
3. Amalkan pengambilan herba detoksifikasi
Herba seperti milk thistle, Chasteberry (vitex), burdock, yellow dock, red clover dan articok membantu detox hati, seimbangkan hormon, dan mengurangkan estrogen berlebihan serta keradangan. Ini sangat membantu mencegah dan mengecutkan fibroid.Herba lain yang berkesan dalam merawat fibroid termasuk black cohosh, ginseng Siberia, Echinacea, goldenseal, raspberi merah, akar likuoris, motherwort dan dong quai. Untuk wanita yang mengalami pendarahan harus elak dari mengambil dong quai, kerana ia boleh meningkatkan aliran darah.
Herba ini juga tidak digalakkan untuk wanita menyusu atau wanita hamil.
4. Bersenam
Kajian menunjukkan senaman juga membantu mencegah dan mengatasi fibroid. Senaman aerobik seperti berjalan, berlari, berenang dan menari menstabilkan paras insulin dan membantu mencegah ketidakseimbangan hormon. Senaman seperti yoga dan regangan tai chi, meningkatkan aliran tenaga (chi) kepada organ-organ pelvis dan kelenjar hormon.
Manakala latihan berat badan meningkatkan kesihatan otot dan menguatkan otot-otot yang menyokong rahim.
5. Elakkan pendedahan berterusan kepada toksin alam sekitar
Jauhi perkara-perkara berikut untuk meningkatkan kesihatan hormon serta kesihatan keseluruhan anda:
• Racun perosak, racun herba, baja sintetik
• Peluntur
• Bahan pengawet makanan, pewarna makanan
• Pencuci berbahaya
• Merokok atau asap rokok
Seeloknya buat pilihan produk penjagaan dalaman wanita yang semulajadi serta produk penjagaan badan, skincare dan alat solek yang organik.
Cadangan Suplemen Untuk Bantu Kecutkan Fibroid
Pengambilan suplemen yang sesuai juga dapat membantu mengecutkan fibroid. Antara suplemen Shaklee yang dapat membantu mereka yang mempunyai masalah fibroid termasuklah:
GLA Complex
GLA Complex adalah omega-6 yang membantu mengurangkan keradangan dan bertindak membetulkan kembali hormon yang bercelaru dan tidak seimbang. Ia akan membantu menyeimbangkan kembali hormon estrogen dan progesteron.
Vitamin A,C,E
Vitamin ACE terdiri daripada gabungan Carotomax (vitamin A), Vitamin C dan Vitamin E. Ketiga-tiganya merupakan antioksidan penting untuk membunuh hormon xenoestrogen.
Ia penting untuk mengelakkan pertumbuhan abnormal sel seterusnya mengelakkan cyst kembali membesar.
Vivix
Vivix mengandungi gabungan resveratrol dan polyphenols yang sangat berkuasa untuk memastikan sel kekal bertenaga dan muda. Ia membantu memperbaiki dan memulihkan serta membantu menghasilkan sel tubuh yang baru sehingga ke peringkat DNA.
Vivix terbukti mampu merencatkan pertumbuhan sel tidak normal dari cyst dan menghalang pertumbuhan semula sel tidak normal.
Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Suplemen Shaklee?
Hubungi terus ASIAH melalui whatsapp 6019-8855676
Saya adalah Pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia. Dengan setiap panduan pengambilan suplemen Shaklee yang tepat dan betul.
Untuk lebih mudah dan cepat, anda juga boleh membuat pembelian terus di Esell. Pembayaran boleh menggunakan kad debit atau kad kredit. KLIK Esell di bawah untuk ORDER SEGERA.
Comments
Post a Comment