GEJALA AWAL KOLESTEROL TINGGI


Kolesterol adalah sebuah zat yang terdiri dari protein dan lemak (lipid) yang produksi oleh hati kita dan memiliki peranan yang besar di dalam pembentukan pelbagai macam hormon serta vitamin yang diperlukan oleh tubuh kita. Sebuah penelitian bahkan mengatakan kalau 75% kolesterol yang terdapat di dalam darah dihasilkan oleh tubuh kita sendiri dan selebihnya berasal dari luar tubuh kita seperti makanan, minuman ataupun buah-buahan.

Terdapat dua jenis kolesterol iaitu kolesterol yang tidak baik (LDL) dan kolesterol baik (HDL) dan jumlah total kolesterol yang normal adalah di bawah 200 mg/dl, aras sederhana 200-239 mg/dl dan di atas 239 mg/dl sudah termasuk tinggi dan bila seseorang memiliki kadar kolesterol di tingkat yang tinggi ini maka risiko terkena penyakit seperti stroke atau serangan jantung akan menjadi lebih besar.


Gejala Penyakit Kolesterol Tinggi Pada Tubuh

Orang yang memiliki tingkat kolesterol yang tinggi biasanya tidak memperlihatkan gejala apa-apa dan mereka menyedarinya ketika keadaan sudah kritika seperti terkena serangan jantung ataupun stroke iaitu ketika kolesterol sudah membentuk plak dalam arteri tubuh seseorang sehingga menyebabkan aliran darah menjadi tersumbat, oleh kerana itu banyak yang menyebut kolesterol tinggi sebagai “Silent killer” kerana ramai orang yang tidak menyedari kalau dirinya memiliki tingkat kolesterol yang sudah membahayakan.

Namun gejala awal kolesterol yang tinggi boleh secara langsung terlihat melalui keadaan tubuh atau kesihatan seseorang.


9 Gejala Awal Kolesterol Tinggi Dalam Tubuh


1. Timbulnya Xanthelasma (Benjolan kecil berwarna kuning di sekitar kelopak mata). Kolesterol yang tinggi pada kes-kes tertentu juga dapat memicu apa yang dinamakan Xanthelasma iaitu benjolan berwarna kuning di bahagian dalam sudut kelopak mata anda, keadaan ini juga boleh menandakan seseorang memiliki risiko yang tinggi terkena penyakit jantung.

2. Mati Rasa Atau Kesemutan di Kaki Dan Tangan Kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan terjadinya penyumbatan pembuluh arteri yang berfungsi mengalirkan darah dari jantung ke organ-organ tubuh yang lain sehingga kaki dan penderita kolesterol tinggi biasanya sering mengalami mati rasa atau kesemutan di bahagian tangan dan kaki.

3. Penderita Obesiti Penderita obesiti atau lebihan berat badan juga banyak yang memiliki tingkat kolesterol yang tinggi disebabkan kebiasaan makan yang tidak sihat seperti banyak memakan makanan yang mengandungi lemak tepu ataupun berkolesterol tinggi.

4. Disfungsi Ereksi Pada lelaki khususnya, kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan impotensi atau disfungsi ereksi kerana tersumbatnya pembuluh darah akibat penompokan kolesterol di dalam arteri sehingga aliran darah ke zakar menjadi terhambat.

5. Sakit Kepala Penyumbatan dinding arteri darah kerana penompokan kolesterol tentunya berdampak pada aliran darah ke otak dan ini boleh menyebabkan sakit kepala yang terus menerus. Meskipun tidak semua sakit kepala merupakan petanda kolesterol yang tinggi akan tetapi apabila seseorang menderita sakit kepala yang tidak kunjung sembuh, ada baiknya melakukan ujian kolesterol.

6. Hipertensi / Darah Tinggi Darah tinggi dan kolesterol tinggi boleh berkaitan satu sama lain, kerana apabila aliran darah menjadi terhambat maka jantung harus bekerja lebih keras untuk mengepam darah yang berakibat pada naiknya tekanan darah dalam tubuh.

7. Diabetes Penderita diabetes cenderung memiliki kadar kolesterol LDL dan Trigliserida yang tinggi. Terutama pada penderita diabetes II.

8. Sakit di Rahang Bawah Apabila jantung kurang mendapatkan darah akibat terjadi penyumbatan pembuluh arteri maka boleh mengakibatkan sakit dada (Angina), gejala akibat sakit dada ini sebenarnya beragam seperti rasa lenguh di punggung, tangan tetapi banyak penderita yang mengalami sakit terutama di rahang bahagian bawah.

9. Masalah Pencernaan Akut Plak yang menempel di dinding arteri dapat menyumbat pembekalan darah ke usus dan ginjal sehingga boleh menyebabkan pelbagai masalah pencernaan mulai dari sakit perut, tinja berdarah, muntah-muntah.


Bagaimana Mengetahui Tingkat Kolesterol?

Kerana gejala kolesterol tinggi tidak muncul pada banyak kes maka seseorang disarankan untuk melakukan ujian kolesterol sendiri untuk melihat berapa kadar kolesterol yang dimilikinya. Ujian kolesterol boleh dilakukan setahun sekali ataupun 2 tahun sekali dan boleh dilakukan sendiri di rumah dengan membeli alat uji kolesterol ataupun langsung pergi ke hospital atau klinik terdekat untuk mengambil ujian darah.


Dan kalau ada anggota keluarga anda (ayah, ibu) yang memiliki sejarah penyakit kolesterol yang tinggi (di atas 300 mg/dl) maka saat menginjak usia awal harus segera dilakukan ujian darah kerana penyakit kolesterol juga boleh diturunkan secara genetik yang sering disebut dengan familial hypercholesterolaemia dan bagi penderita FH biasanya harus dilakukan pemeriksaan yang lebih kerap lagi.


Penderita penyakit kolesterol yang tinggi memiliki risiko yang tinggi terserang penyakit jantung ataupun stroke dan berikut ini adalah gejala-gejala penyakit jantung dan stroke yang boleh dijadikan tanda-tanda kolesterol tinggi.


Gejala Penyakit Jantung

Dada terasa sakit atau sesak, mual-mual, kelelahan yang berlebihan meskipun tidak berolahraga, sesak nafas atau nafas yang pendek, sakit yang tidak kunjung hilang pada bahagian leher, rahang dan belakang serta kaki dan tangan yang sering terasa mati rasa atau kesemutan.


Gejala Penyakit Stroke

Penompokan plak yang disebabkan oleh kolestrol tinggi dapat menyumbat pembuluh arteri di dalam tubuh sehingga aliran darah dari jantung ke otak akan menjadi terhalang bahkan terputus sehingga menyebabkan terjadinya stroke dan kalau aliran darah ke otak menjadi tersumbat maka perlahan-lahan otak akan kekurangan oksigen sehingga menyebabkan matinya sel-sel otak.

Dan gejala-gejala penyakit stroke antara lain adalah hilangnya keseimbangan tubuh, pening yang tiba-tiba, keadaan mata atau mulut yang jatuh pada sebelah wajah, tidak mampu menggerakkan sebahagian tubuh.


Bagaimana Mengurangi Risiko Penyakit Jantung Dan Stroke?

Kolesterol tinggi bukanlah satu-satunya alasan seseorang boleh terkena serangan jantung ataupun stroke, ada banyak faktor yang juga dapat mempengaruhinya misalnya kurang aktiviti, diabetes, darah tinggi, obesiti dan juga kebiasaan merokok.

Lalu bagaimana seseorang dapat mengurangi risiko penyakit jantung dan stroke? Salah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan mengubah gaya hidup yang kurang sihat dengan mulai berolahraga, memakan makanan penurun kolesterol dan berhenti merokok.

Mengganti kebiasaan lama dengan kebiasaan baru memang tidaklah mudah, perlu komitmen dan juga orang-orang terdekat yang boleh selalu mengingatkan, mendorong dan mendukung kita.


PENYELESAIAN TERBAIK KOLESTEROL TINGGI?

SET KOLESTEROL SHAKLEE


Memang sangat digalakkan untuk kita amalkan pengambilan makanan semulajadi, namun amaun yang diambil haruslah sesuai untuk kadar keperluan harian.

Contohnya kadar keperluan harian bagi phytosterols adalah sebanyak 2000mg. Kadar ini adalah bersamaan dengan 200 biji lobak merah. Rasanya sempat tak kita ambil sampai 200 biji lobak merah sehari? Tidak kan?

Sebab itu perlunya kita amalkan set kolestrol Shaklee ini.


KESIMPULAN

Gejala awal kolesterol tinggi di dalam tubuh memang seringkali diabaikan kalau seseorang belum “benar-benar sakit”, dan kelalaian dalam pencegahan di awal boleh menyebabkan kerugian yang sangat besar di kemudian hari.

Tidak ada salahnya melakukan pemeriksaan rutin darah setiap tahun atau beberapa tahun sekali tergantung dari tingkat risiko yang dimiliki oleh seseorang, misalnya orang yang sering memakan makanan laut, penderita obesiti, memiliki orang tua pengidap kolesterol tinggi, perokok berat harus lebih rutin melakukan pemeriksaan kolesterol supaya dapat dilakukan langkah-langkah penyembuhan lebih awal.


Testimoni Kolesterol




Comments

Popular posts from this blog

5 CARA UNTUK KECUTKAN FIBROID TANPA PERLU PEMBEDAHAN

PUNCA CYST, FIBROID DAN CARA ATASINYA

5 CARA KECUTKAN CYST TANPA PERLU PEMBEDAHAN