KURANGKAN 7 MAKANAN INI UNTUK ATASI SAKIT SENDI LUTUT DENGAN CEPAT



Sendi lutut adalah anggota yang sangat berharga. Ia membantu kita berdiri dan bergerak. Jika lutut kita sakit, akibatnya susah untuk melakukan sebarang aktiviti.


Ada pelbagai punca mengapa radang ini terjadi, namun mengikut statistiknya lebih kurang 10 ke 20 peratus golongan dewasa akan mengalami penyakit ini. Hakikatnya, ia selalu menyerang seiring dengan peningkatan usia iaitu seawal usia 45 tahun untuk golongan lelaki dan 55 tahun bagi wanita.


Kali ini, saya ingin berkongsi hasil kajian saya dari sumber yang ‘reliable‘ tentang makanan yang pantang dimakan jika anda sakit lutut. Ambillah masa untuk baca dan faham betul-betul apa yang ingin disampaikan. Saya pun tidak mahu menghabiskan masa anda dengan informasi yang tidak berfaedah.


Berpantanglah Dari 7 Makanan Ini Demi Kesihatan Sendi

Sebelum ini saya pernah berkongsi tentang 8 makanan yang perlu diambil untuk meredakan radang sendi. Para pengkaji menyarankan untuk kita mengambil makanan anti-radang dalam diet seharian dan mengehadkan makanan yang boleh mencetuskan sakit sendi.


Sebelum saya teruskan dengan 7 Makanan Yang Perlu Dijauhi Untuk Kesihatan Sendi. Lihat video kawan baik saya ini. Muda-muda  dah sakit sendi. Apa yang dia buat untuk kembali sembuh?


Berikut adalah 7 Makanan Yang Perlu Dijauhi Untuk Kesihatan Sendi

1. Makanan Bergoreng & Makanan Diproses Perlu Dikurangkan


Para penyelidik dari 'Mount Sinai School of Medicine' telah mengkaji pencegahan penyakit melalui pemakanan. Keputusan analisis menunjukkan bahawa ‘kurang’ mengambil makanan bergoreng dan makanan siap diproses seperti ayam goreng dan makanan sejuk-beku, boleh mengurangkan keradangan dan benar-benar membantu memulihkan sistem pertahanan semula jadi badan.

Apa yang boleh anda lakukanKurangkan jumlah makanan yang digoreng dan diproses yang anda makan dan banyakkan lagi pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet anda.


2. Turunkan Paras Toksin A.G.E Kita


AGE tidak merujuk kepada berapa umur anda. Tetap ianya adalah Advanced Glycation End Produk (AGE), sejenis toksin yang muncul apabila sesuatu makanan itu dipanaskan, dipanggang, digoreng atau dipasteur.

AGE akan merosakkan protein tertentu dalam badan. Tubuh akan cuba memusnahkan AGE ini dengan menggunakan cytokines iaitu ejen yang menyebabkan berlakunya keradangan (inflammatory). Bergantung di mana tempat terbentuknya AGE, sebagai contoh di mana-mana bahagian sendi, ia akan menyumbang kepada radang sendi.

Apa yang boleh anda lakukan : Satu kajian pada 2009 mendapati bahawa mengurangkan jumlah makanan dimasak pada suhu yang tinggi dalam diet kita berpotensi boleh membantu mengurangkan paras AGE.


3. Kawal Pengambilan Gula Dan Karbohidrat Tinggi


Seperti yang telah dibincang sebelum ini, jumlah kandungan gula yang tinggi dalam diet akan menyebabkan peningkatan toksin AGE. Peningkatan toksin AGE ini akan mencetuskan keradangan.

Apa yang boleh anda lakukan : Elakkan atau kurangkan pengambilan makanan manis seperti gula-gula, makanan kotak, air soda dan lain-lain bagi untuk mengurangkan sakit artritis anda. Juga hadkan pengambilan nasi. Jangan makan terlalu banyak kerana karbohidrat tinggi seperti nasi, roti putih dan sebagainya kerana paras gulanya yang tinggi.


4. Kadar Pengambilan Produk Tenusu 


Produk tenusu boleh menyumbang kepada sakit sendi disebabkan oleh sejenis protein yang terkandung di dalamnya. Menurut Physicians Committee for Responsible Medicine, protein ini boleh mesesetengah individu merasa rengsa pada tisu disekeliling sendi. Sesetengah penghidap artiritis berjaya menghindarkan perkara ini dengan mengelak dari mengambil produk tenusu.

Apa yang boleh anda lakukan : Cuba elakkan pengambilan protein daripada sumber daging dan tenusu dan gantikannya dengan sumber daripada sayur-sayuran seperti bayam, tauhu, kacang, kekacang dan sebagainya.


5. Tembakau Dan Alkohol 


Pengambilan tembakau dan alkohol berlebihan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah menjejaskan sendi kita. Peluang perokok tegar sangat cerah untuk diserang sakit sendi jenis rheumatoid. Manakala mereka yang ketagih alkohol mempunyai risiko tinggi untuk mendapat gout.

Apa yang boleh anda lakukan : Sendi yang sihat memerlukan pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal, dan jumlah rehat yang cukup. Semua yang boleh dicapai dengan mengurangkan pengambilan alkohol dan penggunaan tembakau. Hentikan sahaja tabiat buruk itu. Pilihlah gaya hidup sihat, senaman konsisten dan tidur yang berkualiti.


6. Garam & Bahan Pengawet


Penting untuk tahu kandungan garam dan bahan pengawet dalam makanan kita. Banyak makanan mempunyai kandungan garam dan pengawet berlebihan. Tujuannya supaya tahan lebih lama. Bagi sesetengah orang, garam berlebihan boleh menyebabkan radang dan risiko boleh dikurangkan dengan pengambilan garam dalam jumlah yang sederhana dan terkawal.

Apa yang boleh anda lakukan : Baca label untuk mengelakkan bahan pengawet dan garam berlebihan. Kurang garam boleh membantu anda menguruskan artritis. Walaupun penyediaanya mudah, makanan yang dipanaskan oleh gelombang ketuhar sering tinggi dengan kandungan garam.


7. Gantikan Minyak Jagung Dengan Minyak Zaitun


Banyak makanan yang dipanggang dan makanan ringan mengandungi jagung atau minyak jagung. Walaupun ianya sedap, namun minyak jagung boleh mencetuskan keradangan. Beberapa kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti kesan Asid Lemak Omega-3 untuk melegakan kesakitan kepada individu yang bermasalah sendi. Hasil kajian telah mendapati bahawa minyak ikan yang mengandungi omega-3, boleh membantu dengan menghilangkan rasa sakit sendi.

Apa yang boleh anda lakukan : Gantikan makanan yang mengandungi omega-6 asid lemak dengan sihat dan bersifat anti-radang serta kaya dengan omega-3 seperti minyak zaitun, kacang, dan lain-lain.


Bagaimana Pengambilan Suplimen Bantu Atasi Sakit Sendi ? 

Ini sebab utama kenapa anda patut ambil supplemen ini:



Vivix mengurangkan inflamasi dan menyokong kesihatan sendi.

Collagen Powder menyokong pergerakan dan kelenturan sendi. Ianya hasil kolagen yang terbaik bagi menjaga dan memastikan sendi-sendi lutut, punggung, tulang-belakang serta jari kaki dan tangan berfungsi dengan sempurna.

Omega Guard™ mampu meredakan inflamasi dan radang sendi. Dalam bentuk kapsul yang kaya dengan asid lemak Omega-3 dan Glukosamina. Ia mampu meredakan kesakitan sendi. Kandungan Omega juga bertindak seperti pelincir untuk melincirkan sendi-sendi kita.

Ostematrix™ berfungsi membekalkan keperluan nutrien harian yang diperlukan seperti kalsium. Mustahak untuk menyokong pembentukan dan penjagaan tulang. Tulang-tulang sihat akan menyokong tubuh dan menggerakkan otot-otot supaya kekal cergas!

B Complex berfungsi untuk mengawal stress disamping melancarkan peredaran darah dengan mengawal darah tersumbat di dalam saraf.

Paling mustahak ia semulajadi, selamat dan berkesan. Sudah 58 tahun jenama ini berada di pasaran.


Kenapa Anda Perlu Membuat Pilihan Dengan Berhati-hati?

Kebanyakan dari ubat sakit lutut yang dijual secara meluas di pasaran mengandungi steroid. Jika ubat yang anda makan itu serta merta meredakan sakit sendi dan otot itu adalah petanda ubat itu berkemungkinan besar mengandungi steroid. Jika berterusan mengambilnya dalam masa beberapa hari, berat badan akan meningkat mendadak dan pipi menjadi tembam. Ini sangat bahaya untuk buah pinggang dan berpotensi menyebabkan tulang reput.

Saya pernah membaca kisah dari Dr.Zubaidi Haji Abdullah tentang seorang pesakit wanita berusia lingkungan 50-an yang terjatuh dari kerusi dan tidak semena-mena patah tulang punggung. Apabila dibawa ke hospital untuk x-ray didapati beliau mengalami masalah osteoporosis akibat daripada pengambilan ubat herba yang dipercayai bercampur dengan streoid untuk melegakan sakit sendi lutut beliau.

Justeru, kita perlu berhati-hati dalam memilih ubat atau supplemen. Jangan sebab ianya mungkin murah dan memberi kesan semerta tetapi jangka masa panjang membawa mudarat kepada kesihatan kita.

Jika anda inginkan manfaat maksimum, boleh dapatkannya sekarang dari saya.


Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Suplimen Shaklee?

Hubungi terus ASIAH  Pengedar Shaklee Bintulu melalui whatsapp +6019-8855676

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia. Dengan setiap panduan pengambilan suplemen Shaklee yang tepat dan betul.

Untuk lebih mudah dan cepat, anda juga boleh membuat pembelian terus di Esell. Pembayaran boleh menggunakan kad debit atau kad kredit. KLIK Esell di bawah untuk ORDER SEGERA.



ASIAH ANUAR |   ID 1198543

♥ FB Personal: Asiah Anuar
♥ FB Page: https://www.facebook.com/asiahvitaminshaklee/
♥ Email : sweetcupcakes92@gmail.com
♥ Call/SMS/WhatsApp : 019-8855676
♥ COD Area: Bintulu, Sarawak

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA UNTUK KECUTKAN FIBROID TANPA PERLU PEMBEDAHAN

PUNCA CYST, FIBROID DAN CARA ATASINYA

5 CARA KECUTKAN CYST TANPA PERLU PEMBEDAHAN