Posts

KEISTIMEWAAN DAN KEBAIKAN OMEGA GUARD SHAKLEE

Image
Pernah dengar Omega Guard shaklee? Pernah dengar asid lemak Omega-3? Tahu tak kandungan asid lemak Omega-3 tu apa? Hari ni saya nak share dengan anda sedikit info yang mana penting untuk anda tahu. Spektrum lengkap asid lemak Omega-3 dengan ketulenan tinggi adalah nutrien yang anda perlukan untuk badan yang kuat dan sihat. Omega Guard shaklee adalah Minyak Ikan Tulen Berkepekatan Tinggi. Omega Guard adalah minyak ikan tulen bergred farmaseutikal. Untuk memilih Omega Guard terbaik adalah anda perlu pastikan Omega Guard anda mengandungi asid lemak Omega-3 , di mana tubuh anda tidak mampu hasilkan sendiri. Anda perlukan asid lemak Omega-3 ini dari sumber luar. Asid lemak Omega-3 pula mengandungi EPA dan DHA penting untuk kesihatan tubuh dan otak manusia. Apakah keistimewaan Omega Guard shaklee? 1. Minyak Ikan Berkepekatan Tinggi Omega Guard shaklee membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semulajadi dalam ikan ...

KENALI SIMPTOM AKIBAT SARAF TERHIMPIT

Image
PENGERTIAN TENTANG SARAF TERHIMPIT Saraf terhimpit adalah istilah umum dan bukan perubatan yang merujuk kepada tekanan yang dikenakan pada saraf oleh tisu lembut, tulang, atau cakera herniasi. Beberapa perkara boleh menyebabkan saraf terhimpit termasuklah kecederaan, pergerakan berulang, arthritis, dan postur. Simptom yang biasa (walaupun, ringan) dari saraf yang terhimpit pada leher dan bahu mungkin terasa keperitan ketika anda baru bangun dari tidur pada posisi yang tidak betul sepanjang malam. Himpitan jenis ini (yang juga dikenali sebagai himpitan saraf) boleh mengganggu keupayaan saraf untuk berfungsi. Ia boleh menyebabkan kesakitan dan mungkin gejala lain seperti sensasi tusukan jarum atau kejutan elektrik, serta kelemahan atau kebas. (Anda akan mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini di bahagian seksyen tentang himpitan saraf yang berkaitan dengan leher dan sakit belakang.) Ini adalah penting untuk anda berjumpa dengan doktor jika mengalami rasa kebas atau kelem...

SENAMAN MUDAH UNTUK MASALAH SLIP DISC

Image
Slipped disc pada tulang belakang juga dikenalpasti sebagai PID (Prolapsed Interverterbral Disc). Slipped disc merupakan pengalihan nucleus pulposes dari lokasi normal yang duduk di pertengahan disk. Ini boleh menyebabkan anggota badan menjadi kebas/ lemah . Slipped disc pada tulang belakang adalah salah satu diagnosa utama di kalangan pesakit sakit tulang belakang. Sebab- sebab slipped disc di tulang belakang mungkin berpunca dari proses penuaan pada disk tulang belakang yang mengalami factor mekanikal , trauma , nutrient , and genetik . Sakit belakang boleh diklasifikasi kepada peringkat akut, kronik dan berulang (recurrent). Sakit akut pada amnya terjadi selepas bersin, batuk kuat, mencangkung untuk lama, atau, apabila angkat sesuatu barang dari lantai (lebih lagi jika barang itu berat). Sakit belakang yang di alami berpunca dari : Perubahan kepada disc Kecederaan otot Postur tidak betul Patah tulang belakang (jarang) Kelemahan otot stabiliti Gejala-gejala S...

TIPS MENJAGA TULANG BELAKANG CEGAH SAKIT BELAKANG

Image
Masalah tulang belakang memang banyak kalau nak diceritakan. Seperti sakit belakang, lenguh pinggang, slipped disc dan macam-macam lagi. Cara mudah untuk elak masalah tulang belakang adalah dengan menjaga postur yang betul. Memang tidak dinafikan lagi, pakar perunding kesihatan juga mengatakan hal yang sama. Sesetengah dari kita memang sudah terbiasa dengan postur badan yang salah, contohnya ketika sedang bekerja di pejabat, anda boleh nilaikan sendiri macam mana cara anda duduk sepanjang 8 jam di pejabat. Contoh lain, pekerja kilang yang mengangkat barang setiap hari, adakah cara anda mengangkat barang itu betul? Baca Juga  :  Apa Itu Slipped Disc? Tips Menjaga Tulang Belakang (cegah sakit belakang) Tips ini merangkumi keseluruhan postur termasuklah ketika anda berdiri, duduk, mengangkat barang : 1) MENGANGKAT OBJEK YANG BERAT Contohnya ketika anda nak angkat anak kecil dari paras lantai, pertama sekali jangan sesekali bongkokkan badan, sebaliknya, bengkokka...

APA ITU SLIPPED DISC?

Image
TAHUKAH ANDA APA ITU SLIPPED DISC? Kita biasa dengar orang sebut-sebut tentang ‘slipped disc‘ atau gelinciran cakera, tapi kurang mengerti apa bendanya tu kan? Baiklah, saya akan cuba huraikan pengertian mengenainya; deskripsi, faktor punca dan cara mengurangkan sakit slip disc secara ringkas dalam artikel ni. InsyaAllah, semoga bermanfaat kepada anda yang mungkin ada mengalami permasalahan seperti ini. DESKRIPSI SLIPPED DISC Slipped disc adalah keadaan di mana bahagian tulang belakang yang telah berganjak atau tergelincir dari posisi kedudukan asalnya. Cakera tulang belakang merujuk kepada bahagian pelapik serap-hentak (absorber) antara vertebra tulang belakang. Ia tidaklah menggelongsor sebenarnya, cuma mungkin bergerak, berganjak atau pecah. Lalu, cakera rawan dan tisu mengalami kebocoran(hernia) dan kandungan seperti gel di dalamnya meleleh ke kawasan tisu sekitar. Seterusnya mencetuskan pertindihan saraf tunjang atau saraf lain yang berdekatan, menjadi punca kepada ...