SENAMAN MUDAH UNTUK MASALAH SLIP DISC


Slipped disc pada tulang belakang juga dikenalpasti sebagai PID (Prolapsed Interverterbral Disc). Slipped disc merupakan pengalihan nucleus pulposes dari lokasi normal yang duduk di pertengahan disk. Ini boleh menyebabkan anggota badan menjadi kebas/ lemah.

Slipped disc pada tulang belakang adalah salah satu diagnosa utama di kalangan pesakit sakit tulang belakang. Sebab- sebab slipped disc di tulang belakang mungkin berpunca dari proses penuaan pada disk tulang belakang yang mengalami factor mekanikal, trauma, nutrient, and genetik.

Sakit belakang boleh diklasifikasi kepada peringkat akut, kronik dan berulang (recurrent). Sakit akut pada amnya terjadi selepas bersin, batuk kuat, mencangkung untuk lama, atau, apabila angkat sesuatu barang dari lantai (lebih lagi jika barang itu berat).

Sakit belakang yang di alami berpunca dari :

  • Perubahan kepada disc
  • Kecederaan otot
  • Postur tidak betul
  • Patah tulang belakang (jarang)
  • Kelemahan otot stabiliti


Gejala-gejala Slipped dics

  • Sakit belakang
  • Sindrom sciatica (rasa sakit, lemah dan kebas pada bahagian belakang anggota bawah)
  • Cauda equina syndrome ( kegagalan mengawal air besar atau air kencing)


Objektif Rawatan Fisioterapi

1. Untuk mengurangkan sakit

2. Untuk menguatkan otot belakang dan abdominal

3. Untuk mengekalkan julat pergerakan badan

4. Untuk meningkatkan julat pergerakkan badan

5. Untuk membantu pesakit melakukan aktiviti seharian secara maksimum tanpa rasa sakit


Klasifikasi sakit

Sakit belakang akut – Sakit yang di alami dalam tempoh 1 hari hingga 3 bulan

Sakit belakang kronik – Sakit yang di alami melebihi 3 bulan

Sakit belakang berulang (recurrent) – Sakit yang berulang dalam tempoh kurang dari 3 bulan

Komplikasi

Pergerakan terbatas dalam aktiviti harian disebabkan sakit.


Baca : Tips Menjaga Tulang Belakang 

Senaman Mudah Untuk Sakit Belakang

Pelvic Tilt


  • Posisi : baring di atas permukaan yang rata 
  • Cara melakukan : keraskan otot  abdominal, tekan belakang ke bawah, bernafas seperti biasa, tahan lima saat 
  • Ulangi kaedah ini minima 5 kali


Hip Rolling


  • Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan 
  • Cara melakukan : letak tangan secara bersilang di bahagian dada, pusing kepala ke sebelah kanan manakala kedua-dua lutut pusing ke sebelah kiri. Kemudian luruskan lutut dengan perlahan- lahan. 
  • Ulangi kaedah ini minima 5 kali


Lower Abdominal Exercise


Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan
Cara melakukan :

1) Gerakkan lutut kanan ke dada, tahan 5 saat kemudian relaks, Ulangi kaedah ini pada lutut sebelah kiri.

2) Angkat kaki ke atas dengan kedua- dua lutut dalam keadaan lurus. Kemudian perlahan- lahan turunkan kaki ke lantai. Ulangi kaedah ini pada lutut sebelah

Ulangi kaedah ini minima 5 kali


Cat and camel



  • Posisi : Merangkak 
  • Cara melakukan : Melengkungkan bahagian belakang sambil muka pandang atas, tahan untuk 3 saat. Kemudian bongkokkan tulang belakang dan tahan 3 saat. 
  • Ulangi kaedah ini minima 5 kali



Hip Extension



  • Posisi : Merangkak 
  • Cara melakukan : Secara selang seli, bawa lutut ke depan dan kemudian ke belakang hingga kaki lurus dan selari dengan lantai. 
  • Ulangi kaedah ini minima 5 kali

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA UNTUK KECUTKAN FIBROID TANPA PERLU PEMBEDAHAN

5 CARA KECUTKAN CYST TANPA PERLU PEMBEDAHAN

PUNCA CYST, FIBROID DAN CARA ATASINYA