APA ITU SLIPPED DISC?

TAHUKAH ANDA APA ITU SLIPPED DISC?

Kita biasa dengar orang sebut-sebut tentang ‘slipped disc‘ atau gelinciran cakera, tapi kurang mengerti apa bendanya tu kan? Baiklah, saya akan cuba huraikan pengertian mengenainya; deskripsi, faktor punca dan cara mengurangkan sakit slip disc secara ringkas dalam artikel ni.

InsyaAllah, semoga bermanfaat kepada anda yang mungkin ada mengalami permasalahan seperti ini.


DESKRIPSI SLIPPED DISC

Slipped disc adalah keadaan di mana bahagian tulang belakang yang telah berganjak atau tergelincir dari posisi kedudukan asalnya. Cakera tulang belakang merujuk kepada bahagian pelapik serap-hentak (absorber) antara vertebra tulang belakang. Ia tidaklah menggelongsor sebenarnya, cuma mungkin bergerak, berganjak atau pecah.

Lalu, cakera rawan dan tisu mengalami kebocoran(hernia) dan kandungan seperti gel di dalamnya meleleh ke kawasan tisu sekitar. Seterusnya mencetuskan pertindihan saraf tunjang atau saraf lain yang berdekatan, menjadi punca kepada gejala ‘slip disc’. Simptom-simptom penyakit ‘slipped disc’ ialah pesakit biasanya akan berasa sakit belakang, kejang otot, kebas2 dan lemah2 badan serta gagal mengawal pembuangan air kecil atau besar.

Jika anda tiba2 kerap berasa sangat sakit seperti mencucuk-cucuk dan inflamasi (rasa terbakar) terutamanya pada bahagian bawah belakang, tengkuk dan bahu, segeralah berjumpa dengan doktor.


Pastikan apa keadaan sebenar penyakit tersebut secara istilah perubatan dan jangan biarkan ia melarat kerana boleh mengundang penyakit kronik seperti lumpuh dan lain-lain.


FAKTOR PENYUMBANG KEPADA MASALAH SLIP DISC

Adakah ‘slip disc’ hanya berlaku pada kawasan tulang belakang sahaja? Tidak, ia boleh berlaku pada mana-mana bahagian  tulang belakang seperti di pangkal leher atau sekitarnya.

Ada beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada masalah sakit ‘slip disc’ ini. Diantaranya ialah:

Faktor Mekanikal : Postur badan yang salah mungkin ketika melakukan kerja kasar, mengangkat objek berat, bersukan atau obesiti yang menyebabkan tekanan berterusan pada struktur vertebral tulang belakang.

Faktor Trauma : Kecederaan otot atau patah tulang belakang mungkin akibat kesan kemalangan, terjatuh atau kesilapan semasa dalam pergerakan aktif atau sewaktu bekerja.

Faktor Nutrien : Kekurangan nutrien yang menyebabkan kemerosotan stabiliti atau elastisiti otot serta kerapuhan tulang(osteoporosis) akibat peningkatan usia.

Faktor Genetik : Segelintir individu mungkin mengalami pembawaan genetik yang menyebabkan kemerosotan fungsi ‘disc’, iaitu punca kepada slip disc itu sendiri.


KAEDAH RAWATAN UNTUK MENGATASI MASALAH SLIP DISC

Kesakitan akibat ‘slip disc’ akan berlarutan jika tidak dirawat dengan segera. 5 cara berikut mungkin dapat membantu meredakan kesakitan tulang belakang terutama ‘slip disc’:

1] REHAT SECARA TENANG DAN RELAKS

Cuba pelbagai posisi rehat yang boleh menurunkan kadar sakit belakang seminimumnya untuk merasai keselesaan yang sebaik mungkin. Teknik seperti berbaring di atas lantai berlapikkan tilam sederhana keras dengan bantal di kepala dan di bawah peha. Atau, berbaring mengiring dengan bantal diantara celah peha. Ia subjektif, tapi anda boleh juga mencuba cara lain bergantung kepada keselesaan. Yang penting, sentiasalah tukar2 posisi secara kerap.

2] BERJALAN KAKI SEDEKAT BOLEH

Pergerakan mungkin membantu mengurangkan rasa sakit. Ambil sedikit masa antara 10-20 minit berjalan di atas permukaan rata (tidak curam, mendaki, bertangga). Ulangi untuk setiap 2-3 jam sekali. Jarak berjalan kaki yang singkat amat memadai supaya ia tidak timbul masalah sakit kaki pula.

3] AMBIL UBAT JIKA PERLU

Selepas pemeriksaan doktor, pesakit kebiasaannya disarankan untuk berehat, menghadkan aktiviti dan diberi preskripsi ubat tertentu. Sakit belakang bukan perkara kecil, patuhi preskripsi ubat yang diberikan dan ambil ikut dos secara tepat pada waktu. Ia membantu melegakan kesakitan tulang belakang yang serius walaupun hanya sementara.

4] CUBA TERAPI HABA ATAU AIS

Teknik ini tidaklah mendapat pembuktian secara klinikal mengenai keberkesanannya, cuma boleh dicuba sama ada dapat membantu mengurangkan kesakitan akibat ‘slip disc’:-
  • Gunakan heating pad dengan suhu sederhana. Letak atau balut pada bahagian yang sakit selama 15-20 minit dan lakukannya 2-3 jam sekali.
  • Amalkan mandian air suam atau mandi dengan pancuran air hangat secara berkala.
  • Gunakan balutan haba pakai buang yang boleh bertahan lama sehingga 8 jam atau lebih.
  • Gunakan pek ais pada bahagian yang sakit selama 10-15 minit.
  • Atau anda boleh juga gunakan seketul ais bersaiz sederhana atau sayur sejuk beku yang dibalut dengan tuala nipis. Lakukannya untuk setiap 2-3 jam sekali.


PENGAMBILAN SUPLIMEN BANTU MENGURANGKAN MASALAH  SLIPPED DISC


1. Vivix ( Tahan 1 bulan)

Membantu melahirkan sel yang sihat dan merawat sel yang rosak. Ia juga mengelakkan penuaan sel yang tidak matang. Disk yang rosak dan pecah antaranya berpunca dari penuaan sel dan kekurangan nutrien. Justeru, kandungan resveratrol dalam Vivix membantu menguatkan keanjalan pada disk, memperbaiki struktur sel dan menyokong kesihatan sendi.

2. Ostematrix (Kalsium dan Mineral) (tahan 1-2 bulan)

Ostematrix membantu membina tulang yang kuat dan melengkapkan keperluan kalsium pada tulang. Ia juga merangsang enzim untuk memadatkan tulang supaya tulang tidak mudah rapuh. Kalsium yang mengandungi mineral sokongan membantu atasi masalah sendi, meningkatkan kualiti kusyen sendi dan tulang rawan.

3. Omega Guard (Minyak Omega 3) (tahan 1-2 bulan)

Omega Guard bersifat anti inflamasi boleh membantu mengurangkan kesakitan dan mengurangkan bengkak. Pesakit slip disk mengalami kesakitan disebabkan berlakunya keradangan pada tulang belakang akibat disk yang tergelincir dari kedudukan asal.

4. Collagen Powder Shaklee (tahan 1 bulan)

Salah satu keperluan badan ialah kolagen bagi mengekalkan keanjalan disk. Faktor usia menunjukkan keanjalan anggota badan semakin menurun dan pengambilan collagen powder shaklee sangat penting untuk pesakit slip disk bagi mengekalkan keanjalan disk.

5. B Complex (tahan 2-3bulan)

Disk yang terkeluar dan mengganggu saraf tunjang sangat mengganggu dan mendatangkan sakit yang melampau. Bagi menjaga kesihatan saraf lebih terganggu, pengambilan b complex sangat membantu saraf kekal sihat. B complex juga membantu pesakit slip disk dari terus mengalami stress yang berpanjangan disebabkan kesakitan yang melampau. Pengambilan B Complex juga membantu motivasi pesakit dari terus menurun dan murung.


Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Suplemen Shaklee?

Hubungi terus ASIAH melalui whatsapp 6019-8855676

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia. Dengan setiap panduan pengambilan suplemen Shaklee yang tepat dan betul.

Untuk lebih mudah dan cepat, anda juga boleh membuat pembelian terus di Esell. Pembayaran boleh menggunakan kad debit atau kad kredit. KLIK Esell di bawah untuk ORDER SEGERA.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

5 CARA UNTUK KECUTKAN FIBROID TANPA PERLU PEMBEDAHAN

5 CARA KECUTKAN CYST TANPA PERLU PEMBEDAHAN

PUNCA CYST, FIBROID DAN CARA ATASINYA