9 PUNCA HAID TIDAK TERATUR


Penyebab haid tidak teratur, adalah hal yang selalu ingin diketahui oleh banyak perempuan.

Bagi para wanita mendapatkan menstruasi yang teratur adalah hal yang melegakan karena tidak ada kesihatan yang terganggu.

Namun tidak sedikit wanita yang merasa khawatir dan sering sekali mengalami menstruasi yang tidak teratur.

Kebanyakan wanita menandai menstruasinya lancar atau tidak berdasarkan pada tiap bulan. Tidak lancarnya menstruasi juga bisa jadi petanda yang tidak baik bagi kesihatannya.

Biasanya penyebab menstruasi yang tidak teratur disebabkan beberapa hal seperti faktor psikologi atau juga karena hal yang buruk sekalipun seperti adanya suatu penyakit.


Baca Juga : Cara Atasi Masalah Haid Tidak Teratur

Punca Sebab Haid Tidak Teratur 

Berikut ini adalah beberapa penyebab mengapa putaran haid tidak lancar :

1. Diet Ketat

Biasanya banyak wanita yang ingin badannya terlihat lebih ideal dan juga cantik, dan ramai juga wanita yang seperti itu melakukan diet yang ketat.

Melakukan diet yang berlebihan boleh menyebabkan period tidak lancar kerana kehilangan banyak asupan sumber gizi dan nutrisi dari makanan yang seharusnya dikonsumsi oleh tubuh.


2. Penurunan Berat Badan

Adanya penurunan berat badan atau juga peningkatan berat badan yang tiba – tiba juga boleh menyebabkan period datang dengan tidak teratur.

Hal ini disebabkan oleh hormon estrogen dan progesterone yang dilepaskan suatu hormon ketika seorang wanita seharusnya mengalami period seperti waktu yang telah diperhitungkan.


3. Stress

Seperti yang sudah ditulis diatas, gangguan psikologi juga dapat mengganggu masalah period. Stress adalah salah satu gangguan psikologi yang boleh disebutkan.

Jika seorang wanita merasakan stress maka pekerjaan hormon dalam tubuh menjadi tidak sempurna akhirnya period tidak akan datang dengan sempurna.


4. Terlalu Letih

Jangan terlalu letih, kerana keletihan pada tubuh atau pada fisik seorang wanita juga bisa mempengaruhi lambatnya period.

5. Ketidakstabilan Hormon

Hormon yang tidak pasti naik turunya juga akan membuat jaringan disaluran  telur untuk melepaskan telur menjadi lebih lambat, akhirnya akan mengalami lambat untuk datang bulan.

6. Penyusuan badan 

Sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!

7. Tersilap pengiraan 

40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke ‘hari subur’ dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.

8. Masalah tyroid 

Hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.

9. Ubatan-ubatan 

Jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.


Kesemua punca yang menyebabkan haid tak stabil ni sememangnya mempengaruhi hormon seseorang wanita. Keadaan hormon yang tunggang-langgang menyebabkan emosi jadi tak stabil. Masa tu mula lah asyik nak marah-marah. Sekejap happy sekejap sedih. Sensitif betul. Diri sendiri pun susah nak kawal perasaan sendiri. Ini memang mengganggu kehidupan harian, produktiviti dan semestinya memberi kesan kepada keluarga terdekat.

Jika anda seorang wanita yang sering sekali ada masalah lambat datang bulan, jangan anggap ianya perkara biasa. Ramai wanita yang didapati penyakit berbahaya di awali dengan lambatnya period secara terus menerus.

Jika anda sering terlambat datang bulan, segera lakukan tindakan dan jumpa dokter.


Baca Juga : 

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA UNTUK KECUTKAN FIBROID TANPA PERLU PEMBEDAHAN

7 SEBAB KENAPA ANDA HARUS PILIH YOUTH SKINCARE

PULIHKAN KULIT MUKA ROSAK DENGAN BAHAN SEMULAJADI