KENALI PERBEZAAN ANTARA CYST, FIBROID DAN POLYPS


Anda pasti pernah dengar cyst dan fibroid kan? Tapi bagaimana pula dengan polyps?

Jika anda di diagnosis mempunyai cyst, fibroid atau polyps, adakah anda tahu yang mana satukah daripada ketiga-tiga ketumbuhan ini yang boleh menjadi kanser uterus(rahim), kanser serviks atau kanser ovari? Tahukah anda perbezaan antara cyst dan fibroid serta perbezaan kedua-duanya dengan polyps?

Terdapat beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk mengenalpasti ketumbuhan seperti fibroid, polyps dan cysts yang bertujuan untuk melindungi kita daripada serangan kanser. Bagaimana kita tahu apakah maksudnya setiap ketumbuhan dan yang mana satukah daripada ketiga-tiga ketumbuhan ini yang kita perlu risau.

Untuk memahaminya, kita perlu tahu perbezaan antara polyps dan cyst dan bagaimana ketumbuhan ini berbeza daripada fibroid. Ini kerana tidak semua ketumbuhan boleh bertukar menjadi kanser dan sesetengahnya boleh juga menjadi kanser jika tidak dikesan  dan tidak dirawat.


Apa itu Fibroid?

Adakah Fibroid Di Uterus (Uterus Fibroid) Sejenis Kanser?

Fibroid biasanya boleh berkembang di dalam tisu rahim. Ia dikenali sebagai leiomyomas atau myomas. Ketumbuhan ini boleh jadi berbeza-beza  dari segi  bentuk, saiz dan kedudukan kerana ia boleh di dapati  di luar atau jauh ke dalam tisu rahim. Walaupun semua wanita mempunyai risiko untuk mendapat fibroid, namun wanita berusia di antara 30-40 tahun merupakan golongan yang mempunyai risiko lebih tinggi.

Fibroid sukar untuk dirasai kewujudanya pada awalnya. Mungkin setelah imbasan doktor ketika hamil atau muncul simptom-simptom tertentu, barulah kita sedar ia telah wujud dalam tubuh. Antara tanda-tanda atau simptom yang mungkin menunjukkan kehadiran uterus fibroid termasuklah:

  • Mengalami perubahan keadaan haid yang teruk atau tempoh haid yang panjang
  • Berlaku pendarahan ketika haid yang banyak beserta darah beku
  • Mengalami masalah senggugut teruk ketika haid
  • Rasa sakit belakang pada bahagian tulang pinggul atau selvik
  • Pembesaran abdomen di kawasan bawah perut yang disangka mengandung atau perut buncit
  • Gangguan masalah kesuburan
  • Masalah pembuangan air kecil – tekanan pada pundi kencing menyebabkan rasa ingin kencing dengan kerap atau masalah lemah kawalan kencing
  • Masalah pembuangan air besar – tekanan pada usus besar menyebabkan rasa sakit, sembelit atau kembung.
  • Rasa sakit ketika hubungan kelamin.

Baca : 5 Cara Untuk Kecutkan Fibroid Tanpa Perlu Pembedahan

Justeru, jika mengalami simptom-simptom di atas, wanita perlu mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera supaya kewujudan fibroid boleh dikenalpasti dan langkah mengatasi boleh diambil lebih awal.

Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau “benign” iaitu bukan sejenis kanser. Namun begitu, jika ia menunjukkan simptom semakin kronik seperti pertambahan saiz dan pertumbuhan yang ketara, maka ia perlu dibuang secepat mungkin. Kebiasaanya terapi hormon digunakan manakala untuk kes yang lebih berat, pembedahan mungkin merupakan pilihan terakhir.

Nota penting : Tidak semua pembedahan membuang uterus fibroid menyebabkan wanita akan kehilangan keupayaan untuk mengandung. Kerana ia sebolehnya tidak perlu melibatkan pembuangan rahim.



Baca : Punca Cyst, Fibroid dan Cara Atasinya

Bolehkah Polyps Di Uterus (Uterus Polyp) Menjadi Kanser?

Polyps merupakan pertumbuhan abnormal tisu sel yang boleh dijumpai dimana-mana organ badan yang mempunyai salur darah. Ia biasanya dijumpai di kolon, hidung dan uterus. Namun, kali ini, saya hanya akan menyentuh tentang polyps di uterus sahaja.

Simptom atau tanda-tanda yang menunjukkan kemungkinan berklakunya uerus polyps ialah:

  • Mengalami haid tidak teratur yang berbeza-beza dari segi tempoh dan berat pendarahan
  • Spotting (pendarahan ringan pada vagina) antara dua waktu haid
  • Masalah ketidaksuburan
  • Pendarahan vagina selepas fasa menopous


Polyps di uterus adalah ketumbuhan yang tumbuh di lapisan dalam rahim yang dipanggil endometrium. Ia juga boleh menolak dirinya ke dalam rongga dalaman rahim dan boleh juga ditemui tumbuh dalam lapisan serviks. Tidak seperti fibroid, polyps merupakan ketumbuhan malignan iaitu berbahaya dan boleh bertukar menjadi kanser. Tetapi ia jarang berlaku dan risikonya lebih kepada wanita yang lebih berusia atau wanita yang sudah menopous.

Uterus fibroid dan uterus polyps sukar untuk dibezakan. Keduanya kelihatan sama dalam ujian pengimejan dan kedua-duanya boleh menyebabkan  simptom yang sama seperti pendarahan haid yang teruk, kekejangan dan sakit perut. Oleh itu, untuk menentukan sifat malignan atau benign polyps, doktor perlu mengambil sampel dan menghantar sampel tersebut kepada pakar patologi untuk ujian lanjut.

Jika polyps benign menyebabkan kesakitan atau jika polyps anda jenis malignan, pembedahan boleh dilakukan untuk membuang ketumbuhan ini.




Ciri-ciriUterus FibroidUterus Polyps
Komposisi & TeksturTerbentuk daripada tisu pejal atau tisu fiber. Pertumbuhannya berlaku antara lapisan otot nipis dalam uterus.Terbentuk daripada sel tisu endometrium. Pertumbuhan berlaku di lapisan luar bahagian dalam dinding uterus.
PenyusutanFibroid tidak menyusut. Mungkin akan mengecut sendiri selepas menopous.Polyps boleh menyusut pada mana-mana tahap pertumbuhannya.
SaizPelbagai saiz dari sebesar kutil sehingga sebesar sebiji buah tembikai!Biasanya bersaiz kecil seperti butiran bijan sehingga sebesar bola golf.
Kaedah RawatanTerdapat dua kaedah iaitu tanpa pembedahan seperti rawatan hormon, UFE & MR Focused Ultrasound. Kaedah kedua adalah pembedahan seperti miomektomi laparoskopi & histeroskopi.Pembedahan histeroskopi lebih berkesan membuang polyps

Apa itu Cyst? Adakah Ovarian Cyst Merupakan Tanda-tanda Kanser?

Secara umumnya, seperti polyps, cyst juga boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau wanita. Kita biasa mendengar kehadiran cyst pada ovari, namun sebenarnya cyst boleh terjadi di mana-mana bahagian tubuh badan kita termasuk di permukaan kulit Namun, untuk artikel kali ini, saya hanya akan menyentuh tentang ovarian cyst.

Cyst boleh menjadi ketumbuhan yang paling menyakitkan dan boleh di diagnosis sebagai malignan (berbahaya). Oleh sebab inilah kita perlu memahami perbezaan diantara polyps dan cyst. Cyst boleh terjadi pada ovari sebagai kantung-kantung yang terdiri daripada pepejal atau dipenuhi dengan cecair daripada sistem pembiakan wanita. Cyst yang bersaiz kecil biasanya menghasilkan kesakitan yang tidak berapa kuat tetapi cyst yang bersaiz lebih besar boleh menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang teruk.


Tidak seperti polyps dan fibroid, ovarian cyst tidak menyebabkan pendarahan yang melampau ketika haid. Selain daripada kanser, bahaya lain yang menanti adalah apabila cyst tersebut pecah dan menyebabkan kandungannya terbebas dan memasuki rongga-rongga badan yang lain dan boleh menyebabkan keracunan darah atau kehadiran penyakit-penyakit lain.

Cyst ovari boleh menjadi malignan (berbahaya) dan menyebabkan kanser, tetapi kebanyakan cyst yang wujud adalah benign (tidak berbahaya).

Baca : 5 Cara Kecutkan Cyst Tanpa Perlu Pembedahan

Ovarian Cyst

Apa Yang Perlu Kita Lakukan?

Walaupun fibroid, polyps dan cyst berpotensi untuk menyebabkan anda mengalami kesakitan yang serius, majoriti ketumbuhan ini masih boleh dirawat dengan mudah sebelum mereka berkembang menjadi tumor kanser. Segeralah mengunjungi klinik berhampiran anda untuk pemeriksaan lanjut jika anda mengalami simptom-simptom yang saya nyatakan seperti di atas.


Semoga perkongsian saya dapat memberi manfaat kepada anda dan anda dapat memahami perbezaan antara cyst dan fibroid serta polyps.

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA UNTUK KECUTKAN FIBROID TANPA PERLU PEMBEDAHAN

PUNCA CYST, FIBROID DAN CARA ATASINYA

5 CARA KECUTKAN CYST TANPA PERLU PEMBEDAHAN