PUNCA CYST, FIBROID DAN CARA ATASINYA
Assalammu'alaykum dan hai semua..
Semoga pembaca blog saya ni terus diberi kesihatan yang baik dan berpanjangan.. Aamiin..
Hati saya terdetik untuk kongsi tentang penyakit berkaitan sistem peranakan yang dihidapi oleh para wanita iaitu cyst dan fibroid. Pernah juga pelanggan saya bertanyakan supplement yang boleh bantu untuk kecutkan cyst / fibroid. Jadi, bagi yang pernah mengalaminya, pasti dah tahu situasi penyakit tersebut dan cara merawatnya. Tak salah kalau kita jadikan pengetahuan, mana tau satu hari nanti orang terdekat kita dijangkiti cyst / fibroid? Nauzubillah, mintak dijauhkan.
Apakah itu Fibroid?
Fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim. Walau bagaimanapun, ia tidak merbahaya dan bukanlah sejenis kanser.
Fibroid boleh terbentuk dalam beberapa biji kecil (dalam bilangan yang banyak) ataupun dalam satu biji yang boleh aktif membesar sehingga sebesar tembikai.
Wanita yang mengalami Fibroid dan hamil pada masa yang sama akan mengalami kesakitan dan tekanan pelvik.
Bagaimana GLA Complex bantu mengecutkan Fibroid & Cyst ?

Berikut merupakan jenis Fibroid :
- Fibroid Pedunkal - Membesar secara bertangkai daripada permukaan bahagian luar rahim atau permukaan bahagian dalam rahim dan kadang kala menjalar keluar dari pangkal rahim (serviks).
- Fibroid Subserus - Membesar di bahagian luar dinding rahim.
- Fibroid Intramural - Membesar di antara otot rahim pada bahagian dinding.
- Fibroid Submukus - Membesar daripada bahagian bawah salutan rahim ke bahagian dalam rahim.
Punca Fibroid
- Penyakit ini lebih kerap dikesan pada wanita yang tidak mempunyai anak/ lambat mendapat anak.
- Ketidakseimbangan hormon estrogen dan progestron adalah punca utama. Lebihan hormon estrogen akan menyebabkan fibroid membesar.
Tanda-tanda mengalami Fibroid
Lazimnya, kebanyakan wanita tidak mempunyai simptom yang nyata. Wanita yang mengalami fibroid juga menunjukkan tanda-tanda yang berbeza dengan wanita yang lain. Ia bergantung pada saiz dan lokasi fibroid terjadi dalam rahim, dan mungkin mengalami tanda-tanda seperti berikut :
- Terasa senak di bahagian bawah abdomen/tekanan pada pelvis
- Senggugut yang teruk
- Mengalami pendarahan yang banyak dan berpanjangan ketika haid
- Pendarahan pada masa sebelum hari yang sepatutnya kedatangan haid
- Mengalami perut buncit yang luar biasa
- Wanita yang sering keguguran dan mengalami masalah sukar untuk hamil
- Sembelit (akibat tekanan fibroid pada saluran najis) dan kerap buang air kecil
** Kalau ada tanda-tanda di atas, elok buat pemeriksaan lanjut.
Kesan Fibroid
Tidak semua pesakit Fibroid mengalami keuskaran untuk hamil, hanya segelintir sahaja. Ini kerana, embrio menghadapi kesukaran untuk menempel pada dinding rahim disebabkan kehadiran Fibroid.
Bergantung pada saiz Fibroid, sekirnaya terlalu besar, boleh menyebabkan salur fallopio tersumbat, dan mengakibatkan kesukaran untuk hamil.
Wanita yang mengalami Fibroid dan hamil pada masa yang sama akan mengalami kesakitan dan tekanan pelvik.
Oleh itu, sebaiknya jika Fibroid dikesan sebelum kehamilan lagi, eloklah mengambil langkah rawatan yang sewajarnya secepat mungkin. Ini kerana, Fibroid berisiko untuk membesar bersama-sama bayi dalam kandungan jika didapati mengandung semasa menghadapinya.
Langkah Rawatan
Setiap penyakit In shaa Allah ada ubatnya. Jika saiz Fibroid kecil dan tidak berbahaya, ia hanya memerlukan pemantauan yang kerap melalui imbasan CT Scan dan juga dengan pengambilan supplement yang sesuai.
Antara pilihan rawatan
* Pembedahan Buang Rahim (Histerektomi) - Jika wanita tersebut membuat keputusan untuk tidak melahirkan anak lagi, ini adalah pilihan terbaik. Ia dapat mengelakkan fibroid secara kekal.
Kesan : putus haid (menopaus) dan tidak boleh hamil lagi.
* Pembedahan Fibroid tanpa membuang rahim (Miomektomia) - pesakit boleh hamil jika memilih kaedah ini. Namun, kemungkinan untuk kehadiran semula Fibroid adalah dalam tempoh 10 tahun.
* Suntikan untuk mengecutkan rahim - tidak akana menghilangkan fibroid sepenuhnya dan rawatan ini hanya boleh diberi untuk enam bulan.
Apa itu Cyst?
Kategori cyst berbeza-beza mengikut jenis dan lokasinya. Salah satunya adalah Cyst Ovari - pengumpilan cecair yang berada dalam ovari wanita.
Ia berpotensi berlaku paling kerap ketika usia wanita subur, iaitu seawal remaja sehingga sebelum putus haid.
Kebanyakan cyst ini dari jenis tidak merbahaya (benign) dan ia biasanya terbentuk akibat proses fisiologi normal seorang wanita dalam kita haid.
Punca Ovarian Cyst
Ovarian cyst adalah satu kantung atau karung berisi cairan berbentuk lendir, air atau darah yang berada di dalam kilang telur. Ia boleh membesar tanpa disedari. Dianggarkan 60 hingga 70 peratus kes ovarian cyst tidak disedari kerana ia tidak menunjukkan gejala dan dikesan secara tidak sengaja.
Kebanyakan ovarian cyst berkembang hasil dari kitaran menstruasi. Dalam keadaan normal, ovari mengembangkan struktur seperti cyst yang dipanggil folikel setiap bulan. Folikel menghasilkan hormon estrogen dan progesteron dan melepaskan telur bila wanita alami ovulasi. Bila folikel ini terus-menerus membesar selepas telur dilepaskan, ia dikenali sebagai functional cyst. Cyst jenis ini paling biasa ditemui dan akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa bulan.
Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang tumbuh bukan berkaitan dengan menstruasi dan ia termasuk,
1. Dermoid cyst - terjadi daripada sel yang menghasilkan telur pada ovari, kadangkala bercampur dengan tisu rambut, lemak dan rawan. Ia adalah cyst yang dibawa sejak kecil dan kadangkala kehadirannya tidak disedari.
2. Endometriomas - terjadi akibat dari keadaan di mana sel-sel endometrium rahim tumbuh di luar rahim (endometriosis). Sesetengah tisu boleh melekat pada ovari anda dan membentuk pertumbuhan.
3. Cystadenomas - tumbuh di atas permukaan ovari dan mungkin dipenuhi dengan bahan berair atau lendir.
Dermoid cyst dan cystadenomas boleh menjadi besar, menyebabkan ovari bergerak keluar dari kedudukan. Ini meningkatkan peluang ovari berpusing, yang disebut kilasan ovari. Kilasan ovari juga boleh menyebabkan pengurangan atau penghentian aliran darah ke ovari.

Langkah Rawatan untuk Cyst
- Ujian ultrasound / CT Scan boleh membantu mengesahkan status cyst ini.
- Rawatannya bergantung pada saiz cyst, usia pesakit, kekerapan kesakitan berlaku dan jenis cyst itu sendiri.
- Jika berisiko tinggi, pembedahan untuk mengeluarkan kantung tersebut daripada ovari dan sampel sel diuji samada mengandungi sel kanser atau tidak.
Sebelum pesakit Fibroid dan Cyst mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan, ataupun yang baru dapat kesan penyakit ni, saya cadangkan agar mencuba dengan rawatan menggunakan Supplement Shaklee. In shaa Allah GLA Complex daripada Shaklee dapat membantu mengecutkan saiz fibroid / cyst.
Bagaimana GLA Complex bantu mengecutkan Fibroid & Cyst ?
Fungsi Gamma-Linoleic Acid (GLA Complex Shaklee) adalah untuk menstabilkan hormon dalam badan. Lebihan penghasilan hormon estrogen akan merangsang pertumbuhan fibroid. Sepatutnya, ada keseimbangan antara hormon Estrogen (dihasilkan oleh kilang ovari) dan Progesteron (dirembeskan jika berlaku ovulasi / penetasan telur).
Jika tiada proses pengovulan, kandungan progesteron tidak meningkat dan ini menggalakkan tindakan estrogen tanpa tindakan progesteron. Kesannya, berbagai jenis pertumbuhan berlaku dalam rahim atau payudara, dan diantaranya fibroid, cyst atau kanser. Di sinilah GLA Complex Shaklee membantu menstabilkan hormon dalam badan dan dapat mencegah fibroid, cyst mahupun kanser.
Pernah berlaku Cyst dah kecut tapi aktif membesar semula?
Untuk mengelakkan ketumbuhan ini aktif membesar semula, pengambilan Vitamin A, C , E (Carotomax, Vitamin C & E) dan vivix amat digalakkan untuk menyekat cyst atau fibroid membesar semula. Radikal bebas boleh menyebabkan sel-sel tidak baik ini hidup semula jika kita tidak mengamlkan gaya hidup sihat.
Kenapa Vitamin A, C , E dan Vivix ?
Vitamin-vitamin ini bersifat antioksidan yang kuat, dimana antioksidan adalah ejen pembasmi sel kanser dan merupakan penentang radikal bebas yang akan memusnahkan molekul jahat yang menyerang sel sihat.
Sedikit sebanyak perkongsian ini dapat beri info baru serta membantu anda mengatasi cyst / fibroid. Selepas mengambil tahu akan hal ini, sebolehnya kita semua minta dijauhkan daripada menghidapinya. Bukan apa, rahim itu merupakan mahkota paling berharga buat setiap wanita.
Kesimpulannya, pengambilan nutrisi yang sihat dan seimbang amat penting dalam kehidupan seharian. Setiap penyakit itu puncanya daripada kurang vitamin tertentu dalam badan. In shaa Allah, Shaklee dapat membantu anda mengatasinya.
Untuk sebarang tempahan, anda boleh hubungi saya atau anda juga boleh klik pada gambar di bawah.
Jika anda ada sebarang pertanyaan, anda boleh klik pada whatsapp Asiah di bawah.
Comments
Post a Comment