KESAN BERPUASA PADA TUBUH BADAN KITA
Hari ini adalah hari ke-25 seluruh umat Islam berpuasa. Alhamdulillah semoga semua masih kuat untuk meneruskan ibadah yang hanya datang setahun sekali ni. Bulan Ramadan ni ramai orang ambil peluang untuk turunkan berat badan, ada juga yang tak nak pun tapi tetap turun juga, dan ada juga siap naik berat badan. Sebenarnya apa yang terjadi kepada tubuh kita semasa berpuasa di bulan Ramadan ni sehinggakan ada yang turun berat, semakin sihat pun ada dan sebagainya? Jom kita tengok video pendek ni . 4 PERINGKAT PERUBAHAN KETIKA BERPUASA DI BULAN RAMADAN. Hari 1-2: DETOKS TAHAP 1 Pada hari pertama berpuasa selalunya yang paling susah kerana sistem badan kita baru sahaja hendak menyesuaikan dengan perubahan. Setahun makan itu ini setiap hari dan tiba-tiba kurang makan kan. Jadi hari pertama, tubuh manusia akan mengalami proses detoks. Tahap gula dalam darah menurun, jantung semakin perlahan, dan tekanan darah juga semakin menurun. Tubuh akan terasa sangat lemah, ras...