TIPS MEMBANTU ANAK UNTUK BERPUASA
Pejam celik tinggal beberapa hari sahaja lagi
untuk kita bertemu Ramadhan Al-Mubarak. Agak-agak macam mana ibadah dan puasa
kita tahun ini. Ada anak yang baru pertama kali berpuasa? Mesti anak-anak kita
teruja nak berpuasa tetapi adakah mereka mampu bertahan?
Disinilah peranan kita sebagai ibu
dan bapa untuk membantu anak berpuasa dengan baik. Mungkin tak dapat nak puasa
penuh tapi sebagai latihan untuk mereka kelak dan sebagai memberi semangat,
beberapa hari berpuasa juga dah cukup menyeronokkan buat mereka. Jadi, kitalah
kena tahu macam mana nak membantu anak berpuasa kan? Jom Asiah kongsikan
beberapa tips untuk ibu bapa.
TIPS MEMBANTU ANAK BERPUASA
1. Pertama sekali ibu bapa harus tahu dan fahami bahawa
mereka masih belum WAJIB berpuasa dan ini adalah sebagai latihan kepada mereka.
Jadi, jangan TERLALU MEMAKSA. Berikan dorongan dan galakan. Tapi kalau dah
lembik sangat tu, benarkanlah mereka berbuka. Kita dulu pun macam tu juga kan?
Boleh tegas tapi jangan memaksa sehingga memudharatkan anak.
2. Sediakan sahur yang sihat dan bernutrisi. Sekarang ni
cuaca bukan macam dulu. Panasnya nauzubillah. Terik! Jadi anak kita ni perlukan
sesuatu yang boleh membantu mereka kekal bertenaga dan terhidrat supaya dapat
meneruskan ibadah puasa. Kalau tak sampai berbuka pun, sekurang-kurangnya buat
pertama kali, mereka dapat bertahan sehingga zohor pun dah Alhamdulillah.
3. Berpuasa secara berperingkat. Untuk pertama kali, mereka
mungkin terkejut dan tidak biasa. Jadi, bantu mereka untuk berpuasa secara
berperingkat. Mula-mula sehingga zohor, kemudian lajak sikit sehingga asar,
lepas tu lajak sikit lagi sehingga maghrib. Lama kelamaan akan biasalah kan.
4. Berkata positif. Berpuasa ni mencabar bukan sahaja untuk
anak-anak, kita pun kan. Jadi, fahamilah anak-anak kita yang kecil, lasak tu.
Jika mereka berjaya berpuasa sehingga zohor, puji dan beri galakan kepada
mereka untuk teruskan lagi keesokan hari. Sentiasa menyokong mereka dan puji
setiap usaha mereka dengan ikhlas.
5. Bermain dalam persekitaran yang sesuai. Aktiviti bulan
puasa berbeza dengan hari biasa. Anak kita mesti mudah letih kalau berpuasa
kan. Jadi rangkakan permainan atau aktiviti dalam rumah atau ‘indoor’ untuk
mereka supaya mereka tak bosan dan tidak terlalu letih contohnya seperti melukis,
membuat kraftangan dan sebagainya.
6. Fahamkan mereka fadhilat berpuasa. Untuk anak yang baru 5, 6, 7 tahun, tak perlu nak berat-berat sangat penerangan tu. Fahamkan mereka
bahawa ibadah puasa ni Tuhan minta kita lakukan untuk apa. Nanti dapat pahala,
disayangi Allah dan sebagainya. Macam lagu-lagu Omar dan Hana tu kan? Sampaikan
dalam perkataan yang ringkas dan sesuai dengan mereka. Jangan cuba sogok mereka
dengan duit dan hadiah. Ya, untuk galakan boleh, tidak ada salahnya tetapi
terangkan juga kenapa perlu berpuasa. Bukan sekadar untuk dapat hadiah atau
duit raya banyak-banyak. Bila mereka faham, baru mereka lebih tekad untuk
berpuasa.
Dapat kan tips bagaimana anda boleh membantu anak berpuasa?
Sebagai permulaan untuk membantu anak berpuasa, paling
penting, mulakan dengan nutrisi yang yang sesuai. Untuk itu, kami ada solusi
yang sesuai
Comments
Post a Comment