Bahaya Minuman 3 in 1 & Krimer bukan tenusu
Assalammu'alaykum.. Ada yang dah tidur ke?? Hihi.. Hari ni saya nak share sikit tentang bahayanya pengambilan minuman 3 in 1 ni kerana banyak mengandungi gula dan krimer bukan tenusu.. Kesibukan setiap hari memaksa kita melakukan setiap perkara dengan cepat dan segera. Hal ini memaksa kita melakukan apa jua kerja yang mudah dan tidak memeningkan kepala termasuklah makan minum harian. Di balik kesibukan itu, ramai yang mengambil jalan mudah dalam soal makan minum dengam mengambil makanan dan minuman segera 3 dalam 1. Akan tetapi, terdapat beberapa bahaya terkandung dalam minuman 3 dalam 1 ini. Antara bahaya minuman 3 in 1, ianya mengandungi kandungan gula melebihi 3 sudu teh setiap pek. Tujuan kandungan gula ini dilebihkan kerana untuk menghilangkan rasa pahit dalam minuman tersebut. Sering kali terpampang di televisyen akan bahayanya gula berlebihan didalam makanan dan minuman . Gula yang berlebihan boleh menyebabkan peminum mengidap penyakit karies gigi, kencing mani