7 PUNCA SPERMA LELAKI TIDAK BERKUALITI
Kehamilan dimulai dengan sperma yang pantas berenang ke dalam rahim wanita untuk membuahi sel telur. Namun, kualiti sperma yang buruk boleh menyebabkan sperma sihat jadi menurun kualitinya — atau malah mati sama sekali?
Setiap ejakulasi lelaki menghasilkan jumlah sperma yang berbeza-beza. Semakin banyak jumlah sperma dapat membantu anda supaya cepat memiliki keturunan. Jika semakin banyak jumlah sperma yang dihasilkan saat ejakulasi, maka peluang untuk menghasilkan sel telur akan lebih besar. Jika memang pembuahan tak kunjung terjadi, mungkin jumlah sperma yang anda hasilkan kurang banyak. Tanpa disedari, ada beberapa kemungkinan sebab yang boleh menyebabkan jumlah sperma lelaki menurun.
Jumlah sperma normal dalam sekali ejakulasi iaitu sekitar 15 juta hingga lebih dari 200 juta sperma per mililiter air mani. Anda dianggap memiliki jumlah sperma yang rendah jika memiliki kurang dari 15 juta sperma per mililiter atau kurang dari 39 juta sperma per ejakulasi. Masalahnya, penurunan jumlah sperma berbanding lurus dengan peluang untuk membuat pasangan anda mencapai kehamilan.
Berbagai sebab yang menyebabkan penurunan kualiti sperma lelaki
Berikut ini berbagai hal dan kebiasaan yang dapat menjadi penyebab penurunan jumlah sperma, iaitu:1. Berendam di air panas
Peneliti di University of California menemukan bukti bahwa testis yang terkena suhu terlalu panas boleh menyebabkan akibat yang buruk pada produksi sperma. Testis yang terendam di air yang terlalu panas boleh terganggu kerjanya dalam memproduksi sperma.
Jadi jumlah yang dihasilkan akan lebih sedikit dibandingkan dengan biasanya. Hal ini disebabkan suhu ideal pembentukan sperma iaitu lebih rendah beberapa darjah dibandingkan dengan suhu tubuh. Oleh kerana itulah testis berada menggantung di luar tubuh.
2. Stress
Sebuah penelitian menemukan bahawa stres berat yang berlanjutan ternyata dapat mempengaruhi kesuburan dan meningkatkan risiko terjadinya kemandulan pada lelaki. Jika seseorang itu mengalami stres secara berterusan, ia cenderung memiliki kualiti sperma yang lebih buruk daripada lelaki yang dapat mengawal stresnya dengan baik.
Ini kerana kadar hormon stres yang sangat tinggi dapat menekan kadar hormon testosteron sehingga mengganggu proses pembentukan sperma yang sihat dalam testis. Stres yang berat juga berkait dengan peradangan yang bisa membunuh sperma ketika baru diproduksi.
3. Banyak makan makanan proses
Para peneliti di Harvard menemukan bahawa dari 155 orang lelaki, kebanyakan makan daging prosesan seperti sosej, kentang goreng, nugget, dan daging proses lainnya memiliki jumlah sperma terendah dan bentuk yang cacat dibanding lelaki yang terbiasa makan makanan yang lebih sihat, terutama ikan segar tinggi dengan omega-3 seperti salmon dan tuna.
Zat kimia dalam produk daging proses dapat menghambat produksi hormon testosteron, sehingga menurunkan jumlah dan kualiti sperma. Sementara itu, asam lemak omega-3 dalam ikan dapat meningkatkan pembentukan sperma yang sihat dan tidak mudah rosak.
4. Menyimpan telefon bimbit dalam saku seluar
Telefon bimbit dapat menurunkan kualiti sperma, atau bahkan membunuhnya, jika anda menaruhnya di saku seluar dekat dengan testis anda.
Radiasi signal telefon bimbit menghantarkan energi panas yang dapat menyebabkan kerosakan DNA sel sperma, sehingga menurunkan kegiatan sperma hingga 8 persen. Panas dari badan smartphone juga meningkatkan suhu di dalam testis dan menghambat produksi sperma yang baru.
Jika anda harus membawa ponsel anda sepanjang hari, sebaiknya simpan di saku jaket atau simpan dalam beg.
5. Terlalu banyak minum alkohol dan kafein
Setiap minuman beralkohol dapat menurunkan kadar testosteron yang boleh menyebabkan penurunan kualiti dan jumlah sperma. Bukan hanya sperma yang akan terpengaruh, akan tetapi alkohol juga boleh menyebabkan gairah seksual menurun dan menyebabkan impotensi.
Selain itu, pergerakan sperma juga jadi tidak terlalu lincah, dan bentuk spermanya kurang sempurna.
Bukan hanya alkohol, malah minuman yang berkafein jika diamalkan secara berlebihan juga boleh menyebabkan penurunan jumlah sperma. Oleh itu, kurangkan pengamalan makanan dan minuman yang mengandungi kafein dengan hanya mengonsumsinya 1 atau 2 cawan sehari.
6. Kurang Tidur
Seseorang yang kebiasaan tidur pada larut malam dan berjaga (tidur kurang dari 6 jam setiap malam) mengalami penurunan kesuburan hingga 31% daripada seseorang yang dapat rutin tidur 7-8 jam setiap malam.
Kurang tidur memengaruhi produksi hormon testosteron yang sangat penting dalam memproduksi sperma.
7. Sering makan junk food
Junk food juga dapat membuatkan sperma mati. Suatu penelitian menunjukkan bahawa makanan tinggi lemak tepu seperti junk food boleh menyebabkan kualiti sperma memburuk yang ditandai dengan gerak renang lemah dan bentuk yang abnormal. Lemak tepu juga mengurangi produksi sperma yang sihat.
Seseorang yang mengamalkan junk food secara rutin memiliki jumlah sperma 43% lebih sedikit sehingga spermanya lebih cair hingga 38 persen.
Berbagai sebab dan kebiasaan di atas yang boleh mengancam jumlah sperma di dalam testis. Oleh kerana itu, cara terbaik untuk menjaganya agar tetap normal ialah dengan menghindari penyebabnya dan tentunya menerapkan pola hidup yang sihat dalam seharian anda.
Comments
Post a Comment