Posts

Showing posts from July, 2018

DERITA RESDUNG SEMAKIN PULIH SELEPAS AMALKAN SUPPLEMENT INI

Image
DERITA RESDUNG SEMAKIN PULIH SELEPAS AMALKAN SET RESDUNG SHAKLEE Saya Musdalipah binti Ariffin. Berumur 25 tahun. Bekerja sebagai juruwang kedai runcit. 2010 Pada tahun 2010, saya dimasukkan ke hospital selepas makan udang. Baru tahu diri ada alahan seafood. Badan naik bintik-bintik merah dan gatal-gatal. Tekak rasa sakit, pedih perut dan muntah-muntah. Pihak doktor bagi rawatan segera. Injection dan tambah air. Alhamdulillah, malam tu juga dah boleh discharge. 2011 Pada tahun 2011, kejadian yang sama terulang lagi. Petang tu mak masak sambal udang kering. Makan bertambah-tambah sehingga lupa diri tu tak boleh makan udang. Saya rasa sesak nafas, batuk-batuk, pening, tekak rasa sakit, dan kali ni darah yang keluar dari tekak. Malam tu masuk hospital lagi kerana kedegilan diri sendiri. 2015 Hujung tahun 2015, masalah lain pulak timbul. Saya menghadapi masalah bersin pagi-pagi, mata berair, hidung berair, sakit kepala, tak boleh hidu habuk, dan tak boleh hidu asap rokok. ...

SAKIT LUTUT DAN LETIH TIADA LAGI SETELAH BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN

Image
BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN, MASALAH SELALU LETIH DAN SAKIT LUTUT DAPAT DIATASI Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Saya Abdul Latif bin Sarpin, suami kepada Fitriyatul Asyiqin. Berumur 31tahun dan merupakan seorang penjawat awam. Saya ingin kongsikan testimoni pengalaman saya sendiri bagaimana saya berjaya menurunkan berat badan saya yang dulunya mencecah 96kilogram kepada 87kilogram sekarang. Ketika berat badan saya 96kg dahulu, saya seringkali cepat berasa penat, letih dan kurang stamina dan kadang kala sakit lutut selalu datang menyerang ketika saya bersukan. Saya sedar ini sedikit sebanyak berkait dengan masalah berat badan saya yang berlebihan. Isteri saya ada juga mengesyorkan saya untuk mengambil suplemen tapi saya tidak konsisten dengan pengambilan suplemen ini. Sampailah satu tahap apabila saya merasakan saya perlu buat sesuatu untuk atasi masalah berat badan saya ini apatah lagi saya selalu penat dan sakit lutut juga kerap datang....

KESAN SELEPAS MENGGUNAKAN YOUTH SKINCARE

Image
KESAN MEMBERANGSANGKAN SEAWAL 14 HARI PENGGUNAAN YOUTH SHAKLEE Assalamualaikum .... saya Royanty Baruddin. Ummi kepada 3 orang cahaya mata, seorang anak lelaki berumur 12 tahun dan kembar perempuan 6 tahun. Saya berumur 41 tahun. Saya seorang ibu yang bekerja. Saya mempunyai kulit wajah yang berminyak di kawan zone T, Pori-pori terbuka dan selalu naik jerawat pasir. Kulit muka saya sensitif tak berani dan mencuba sebarang skincare. Masa tengok shaklee mengeluarkan YOUTH Skincare, saya tergoda nak mencuba. Itu pun setelah tengok banyak testimoni yang positif walau pun guna dalam waktu yang singkat. Alhamdulillah setelah menggunakan selama 14 hari, saya dah nampak effect yang memberangsangkan. Muka saya dah tak berminyak lagi, pori-pori semakin mengecil dan kulit muka terasa lembut dan segar je. Kini tak perlu nak filter-filter bila nak upload gambar. Keyakinan itu datang sendiri dan tak perlu untuk menipu diri sendiri. Tampil yakin di hadapan tapa ragu-ragu. Terim...

TIPS BERJAYA UNTUK IKHTIAR HAMIL

Image
BERJAYA HAMIL DAN TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN SET KESUBURAN SHAKLEE Kisah saya dengan shaklee bermula dari tahun 2013 lagi.. Tapi set yang sangat terkesan pada saya ialah set ikhtiar hamil yang saya ambil selepas saya bernikah. Kisahnya bermula bila lebih dari 48 hari selepas nikah saya tak period. Mulanya dah gembira kononnya hamil. Tapi bila buat ujian kehamilan keputusannya negatif..Lebih dari 10 ujian saya cuba.Dari murah hingga lah mahal..Pertama kalikan teruja lebih. Selepas mendapat pandangan dari rakan sekerja, mereka cadangkan saya cuba buat pemeriksaan doktor pakar sakit puan.Beberapa ujian di jalankan antaranya ujian ultrasound dan ujian darah. Hasil daripada kedua-duanya mengesahkan saya mendalami Polysistic ovarian cyst (pcos) dimana punca utama daripada berat badan yang meningkat secara tiba-tiba yang mengganggu hormon di dalam badan. Lebih hormon luteinising (LH) dihasilkan berbanding hormon perangsang folikel (FSH), yang menyebabkan folikel-folikel pad...

VITAMIN BANTU TINGKATKAN KESIHATAN KANAK-KANAK

Image
ANAK SEMAKIN SIHAT. TIADA LAGI SELESEMA JAHAT PENYEBAB HIDUNG DAN LENDIR BERDARAH Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu dan salam sejahtera. Saya Sabariah binti Basri, berumur 36 tahun, telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki. Seorang berumur 10 tahun dan seorang lagi 2 tahun 9 bulan. Saya ingin kongsikan kisah anak kedua saya, Adam. Selepas habis berpantang dan masuk kerja saya hantar Adam ke taska. Dalam usia 4 bulan ketika itu, Adam mudah dijangkiti batuk selesema, lebih-lebih lagi taska di bawah Kementerian tempat saya bekerja 100% menggunakan penghawa dingin. Dalam sebulan memang payah nak tengok hidung Adam kering. Sentiasa berhingus.. Batuk dan selesema berpisah tiada. Sebelum ini saya pernah kejarkan Adam ke hospital seawal pukul 2 pagi disebabkan batuk berpanjangan sehingga sukar untuk bernafas. Setiap kali itulah Adam kena ambil nebulizer. Bergema segenap ruang hospital dengan suara Adam yang meraung sebab tak nak pakai topeng pelik dengan bunyi y...

KESAN PENGAMBILAN VITAMIN

Image
KESAN 5 TAHUN AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE Assalamualaikum wbt. Saya Wan Zainab bt Wan Muhammad, berusia 31 tahun dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Saya merupakan pengamal Suplemen Shaklee sejak 2013. Pada tahun ini, adalah tahun ke 5 saya mengamalkan Vitamin Shaklee. Secara jujurnya, sebelum mengenali syarikat Hijau Shaklee, saya adalah seorang yang tidak menitikberatkan soal pemakanan sihat dan kerap tidak sihat serta ambil cuti sakit setiap bulan. Saya merupakan penghidap tonsil, penghidap resdung dan mempunyai system pertahanan tubuh yang lemah serta mudah diserang penyakit. Pada awal penglibatan dengan Shaklee, saya hanya focus kepada menjual dan tak titikberatkan aspek pemakanan sihat. Saya masih lagi makan makanan yang tak sihat seperti burger, minum minuman manis dan sebagainya. Selepas 3 tahun bershaklee, baru saya sedar dan saya didedahkan dengan prinsip Shaklee iaitu makan secara sihat, senaman & pengambilan suplemen secara bijak. Sejak daripada itu, saya mula...

KESAN SAMPINGAN SUNTIKAN PERANCANG KELUARGA (DEPO)

Image
KESAN SAMPINGAN SUNTIKAN PERANCANG KELUARGA (DEPO) HILANG SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE Assalamualaikum. Nama saya Siti Lailatul Qadr. Saya merupakan seorang pekerja swasta. Saya ingin kongsikan pengalaman saya yang mengalami beberapa kesan sampingan selepas mengamalkan suntikan perancang keluarga.  . Saya merupakan seorang isteri dan juga ibu kepada 2 orang cahaya mata lelaki. Saya merasakan diri saya seorang yang bertuah kerana diberikan Allah nikmat melahirkan anak secara normal (anak pertama) dan kaedah pembedahan (anak kedua). Walaupon kebanyakan wanita akan berasa gerun dengan perkataan ‘czer’, tetapi saya menganggap ianya adalah rezeki buat saya kerana dapat melalui kedua-dua pengalaman bersalin yang sangat berharga. . Oleh kerana saya telah melahirkan anak kedua secara pembedahan (czer), saya dan suami merancang untuk menjarakkan kehamilan yang seterusnya. Setelah berbincang, kami sepakat untuk mengambil suntikan perancang keluarga atau lebih dike...

SERANGAN GOUT BERKURANGAN SELEPAS AMALKAN VIVIX

Image
SERANGAN GOUT BERKURANGAN SELEPAS KONSISTEN AMALKAN VIVIX Assalamualaikum w.b.t Saya ingin menceritakan kesan pengambilan Vivix kepada nenek suami saya, Limah bt Abdullah yang berusia 86 tahun. Nenek merupakan penghidap gout sejak dulu lagi dan juga mengalami masalah darah tinggi. Gout kerap menyerang nenek sejak tahun 2017. Sangat kerap sehinggakan beliau pernah demam akibat bengkak pada kaki. Apabila beliau tersalah makan sudah pasti, gout bertandang. Beliau terpaksa berpantang daripada makan seafood, kekacang, dan sebarang makanan yang boleh galakkan gout berulang. Kesian melihat nenek apabila gout menyerang sehingga tidak dapat berjalan dan terpaksa dipapah. Kami pernah membawanya berjumpa doktor. Walaupun dah makan ubat anti radang, gout masih menyerang 2 minggu kemudian. Sehinggalah pada 23 November 2017, saya menyarankan suami supaya membelikan Vivix untuk nenek sebagai suplemen harian. Bulan pertama amalkan Vivix, nampak kesan positif berl...

KULIT SIHAT DENGAN SHAKLEE

Image
MUKA PECAH RUMAH Nama saya Nor Shahizan Rahimi binti Mohd Saad berusia 35 tahun dengan 3 orang cahaya mata ( bakal 4 insya-Allah). Bekerja sebagai seorang guru. Bukan mudah berhadapan dengan orang kalau diri sendiri rasa muka dah macam muka pecah rumah. Bukan tak bersyukur dengan muka yang ada tapi sedih bila anugerah yang ada dicemari dengan noda-noda hitam yang terhasil dari parut setiap kali salah makan. Musuh utama Che Yan ialah terung. Selalu ditempelak. "Ni memang takde lain la ni mesti makan terung" tak pun "dah tau alergik terung sapa suruh makan". Nak cakap apa? So senyum saja. Bukan nak makan sangat terung tu tapi selalu terkena dalam kuah dal atau gulai.  Tak perlu seketul terung, kuahnya saja cukup untuk memusnahkan impian untuk miliki kulit bersih. Setiap kali terperangkap dengan terung muka Che Yan akan ditumbuhi bintik-bintik seolah jerawat dibawah kulit tapi tidak pula ada "mata" kerana seringkali jerawat pastinya...