TIPS BERJAYA UNTUK IKHTIAR HAMIL

BERJAYA HAMIL DAN TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN SET KESUBURAN SHAKLEE



Kisah saya dengan shaklee bermula dari tahun 2013 lagi.. Tapi set yang sangat terkesan pada saya ialah set ikhtiar hamil yang saya ambil selepas saya bernikah.


Kisahnya bermula bila lebih dari 48 hari selepas nikah saya tak period. Mulanya dah gembira kononnya hamil. Tapi bila buat ujian kehamilan keputusannya negatif..Lebih dari 10 ujian saya cuba.Dari murah hingga lah mahal..Pertama kalikan teruja lebih.


Selepas mendapat pandangan dari rakan sekerja, mereka cadangkan saya cuba buat pemeriksaan doktor pakar sakit puan.Beberapa ujian di jalankan antaranya ujian ultrasound dan ujian darah.


Hasil daripada kedua-duanya mengesahkan saya mendalami Polysistic ovarian cyst (pcos) dimana punca utama daripada berat badan yang meningkat secara tiba-tiba yang mengganggu hormon di dalam badan.


Lebih hormon luteinising (LH) dihasilkan berbanding hormon perangsang folikel (FSH), yang menyebabkan folikel-folikel pada ovari menghasilkan lebih banyak hormon testosteron (hormon lelaki) berbanding hormon wanita iaitu estrogen.


Kelenjar adrenal juga mula meningkatkan penghasilkan testosteron.Terlalu banyak testosteron menghalang ovulasi, di samping simptom-simptom lain yang berkaitan dengan sindrom ini.


Estrogen masih lagi dihasilkan, tetapi oleh kerana folikel-folikel yang dihasilkan tidak mencapai tahap kematangan yang mencukupi sewaktu progesteron mula meningkat, ia menyebabkan wanita yang mengalami PCOS akan mendapati mereka kekurangan hormon progesteron.Sekaligus sukar untuk hamil.


Doktor mensarankan saya untuk mengambil ubat bagi membetulkan semula hormon dalam badan. Tapi salah satu akibatnya period takkan datang selagi ubat itu di ambil. Selain itu doktor juga mensarankan saya mula menjaga makan juga bersenam secara berkala.



Disebabkan oleh ubat itu akan memberi kesan sampingan lain, saya cuba berikhtiar dengan set kesuburan shaklee. Alhamdulillah berkat usaha, menjaga makan kebetulan bulan puasa masa itu saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5kg.


Usaha yang tidak putus asa disamping berdoa semoga dipermudahkan semuanya.. 2 minggu selepas raya result ujian kehamilan saya positif. Kalau ikutkan tak habis lagi set kehamilan yang saya ambil tu saya sambung makan sepanjang tempoh hamil.


Jadi jika anda juga nak ikhtiar hamil, anda boleh lah cuba Set Hamil Shaklee. Untuk pembelian terus, anda boleh lah klik pada eSell di bawah.



Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, pertanyaan tentang kesusaian vitamin untuk kegunaan anda, anda boleh lah hubungi Asiah dengan klik pada whatsapp Asiah di bawah.


Comments

Popular posts from this blog

5 CARA UNTUK KECUTKAN FIBROID TANPA PERLU PEMBEDAHAN

5 CARA KECUTKAN CYST TANPA PERLU PEMBEDAHAN

PUNCA CYST, FIBROID DAN CARA ATASINYA