TANDA - TANDA ANDA TIDAK SUBUR
Ketidaksuburan adalah ketidakupayaan untuk hamil selepas setahun melakukan hubungan seksual tanpa pencegah kehamilan atau ketidakupayaan untuk hamil dan melahirkan bayi. Kita ketahui dulu punca ketidaksuburan ini selepas itu kita cari jalan penyelesaian. Ilmu ini bukan saja untuk yang sudah berkahwin tetapi yang bujang juga perlu buat persediaan. Adakah anda salah seorang daripada yang tidak subur? Walaupun proses sperma berjumpa dengan telur adalah semulajadi dan mudah bagi kebanyakkan pasangan, sesetengah pasangan yang ingin hamil bergelut dengan ketidaksuburan. Dianggarkan kira-kira 6.1 juta pasangan di Amerika Syarikat (iaitu kira-kira 10 peratus orang di dalam golongan usia reproduktif) terjejas akibat ketidaksuburan. Sebab-sebab bagi masalah ini adalah banyak dan tidak pasti. Sesetengah mereka merasakan penyakit kelamin yang bermula pada tahun 60-an berkemungkinan telah menyebabkan masalah-masalah reproduktif wanita beberapa tahun kemudian. Lain-lain sebab pula mel...