Anggur Muscadine - VIVIX

ANGGUR MUSCADINE


Nama saintifik Anggur Muscadine ialah Vitis Rotundifolia merupakan spesies anggur asli di bahagian tenggara dan selatan Amerika Syarikat dari Florida ke Delaware, barat ke timur Texas dan Oklahoma. Ia telah ditanam secara meluas sejak abad ke-16 lagi. Tumbuhan ini sesuai dengan iklim panas dan lembap dimana ia memerlukan sedikit suhu panas berbanding dengan jenis anggur yang lain. Anggur Muscadine ini akan berbuah dan masak pada musim panas.

Anggur Muscadine yang masak berwarna "bronze", ungu gelap atau hitam. Ada juga spesies liar yang kekal berwarna hijau walaupun dah masak. Anggur Muscadine mempunyai kulit yang cukup tebal dan sukar dimakan secara mentah seakan-akan seperti buah plum. Anggur ini biasanya digunakan dalam pembuatan wine, jus, dan jeli. Malah ia kaya dengan sumber polifenol.

Dianggarkan lebih 150 penanam Anggur Musdcadine di sebelah selatan Negara Amerika dimana ada anggur ini yang telah dipatenkan supaya menjaga hak-hak penjagaannya.

Tanaman Anggur Muscadine ini memakan masa sekitar 3-5 tahun. Hasil penanaman komersial sekitar (8-18 tan setiap ekar. Ia sesuai ditanam di tanah pasir berpasir dan tanah aluvial (tanah rata yang berlaku hasil endapan) yang subur.


Dapat free 1 bekas untuk setiap delegasi Shaklee

Anggur ini tahan terhadap perosak dan penyakit, termasuk penyakit Pierce, yang boleh memusnahkan spesies anggur lain. Muscadine adalah salah satu spesies anggur paling tahan terhadap Phylloxera, serangga yang boleh membunuh akar anggur.

Baca : Kelebihan Anggur Muscadine

Banyak kajian saintifik dijalankan mengenai Anggur Muscadine kerana ia terkenal kulit berpigmen dan tebal (mempunyai kandungan polifenol tinggi). Satu laporan saintifik menunjukkan bahawa Anggur Muscadine ini mengandungi kepekatan resveratrol yang tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain.


Buku Telomere Effect dari Dr Elizabeth Blackburn

Dalam kajian Dr Elizabeth Blackburn, pemenang Nobel Prize dan juga penulis buku the Telomere Effect menunjukkan hubung kait jelas pemakanan dan gaya hidup sihat yang mendorong perubahan pada Telemore yang berada di kromosom dalam DNA (dalam sel) badan kita.

Dalam bahasa mudah, telomere kita semakin tua dan semakin pendek kalau tidak dijaga pemakanan kita, kehidupan yang selalu stress. Apabila telomere ini pendek, maka sel badan kita pun kurang sihat dan badan mudah jatuh sakit.

Dalam buku beliau juga ada mencadangkan supaya kita ubah gaya pemakanan dengan menambah menu yang mempunyai kandungan resveratrol yang tinggi dapat membantu menjaga telomere kita tadi. Secara tak langsung, risiko sel badan menjadi rosak berkurangan. Malah ia dapat melambatkan proses penuaan dan mengelakkan penyakit yang lain.

Sebab itu ada orang gelarkan Anggur Muscadine ini sebagai Super Food kerana kandungannya. Anda tahu cara mudah nak dapatkan Anggur Muscadine ini di Malaysia? Cuba komen diruangan bawah.

Comments

  1. Admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indonesia
    banyak kejutan menanti para temen sekalian
    cuma di sini agent judi online dengan proses cepat kurang dari 2 menit :)
    ayo segera bergabung di fansbetting atau add WA :+855963156245^_^
    F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
    F4ns Bett1ng

    "JUDI ONLINE|TOGEL ONLINE|TEMBAK IKAN|CASINO|JUDI BOLA|SEMUA LENGKAP HANYA DI : WWw.F4ns Bett1ng.COM

    DAFTAR DAN BERMAIN BERSAMA 1 ID BISA MAIN SEMUA GAMES YUKK>> di add WA : +855963156245^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

5 CARA UNTUK KECUTKAN FIBROID TANPA PERLU PEMBEDAHAN

PUNCA CYST, FIBROID DAN CARA ATASINYA

5 CARA KECUTKAN CYST TANPA PERLU PEMBEDAHAN