KEBAIKAN DAN KEPENTINGAN ESP SHAKLEE UNTUK IBU HAMIL
ESP Shaklee adalah produk paling glamour dan laris Shaklee. Ramai yang telah jatuh cinta pandang pertama apabila merasai ESP ni. Wah betulkah? Atau saya yang terlebih mengada mengagungkan ESP ini. ESP adalah cinta pertama saya dengan produk dari Shaklee ketika saya masih study lagi. Kalau tak best memang saya berdosa menipu uols. Yang penting di sini ialah yakin dan bagus!
Entri kali ini saya nak cerita kebaikan khasiat ESP Shaklee untuk ibu mengandung. ESP bukan sebarang susu soya, ia sangat istimewa kerana ia adalah minuman Protein yang di perbuat dari Non-Gmo soya yang diproses dengan kawalan ketat dan teliti untuk menjamin kualiti produk. Jom kita baca entri ini sampai habis!
1. ESP meningkatkan imuniti badan ibu mengandung.
ESP Shaklee adalah minuman protein yang berkhasiat. Protein membantu meningkatkan imuniti badan ibu mengandung. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu hamil dan bayi yang dikandung.2. ESP Shaklee mengawal berat ibu mengandung dan elak diabetes
Tidak dinafikan apabila kandungan mencecah 5 bulan ke atas, selera makan ibu mengandung akan meningkat secara mendadak. Masa ni lah kita rasa nak makan, makan dan makan. Itu adalah normal bagi ibu mengandung. Jangan ikutkan nafsu dan kita harus mengawal pemakanan agar berat tidak naik secara mendadak dan menyebabkan kencing manis atau diabetes.ESP adalah minuman berprotein yang rendah Indek Gliesmiknya (GI). Makanan yang rendah GI melambatkan penyerapan glukosa di usus kecil. Ini membuatkan kita berasa kenyang untuk masa lebih lama walaupun pengambilan saiz makanan yang kecil. Sebab itulah, ramai ibu mengandung sukakan ESP kerana ia membekalkan tenaga berpanjangan. Gejala diabetes terjadi apabila ibu mengandung memakan makanan tinggi GI (makan makanan berat seperti nasi, manisan, air manis, dll) pada kadar yang banyak dan kerap.
3. ESP membantu pembentukan otot dan otak bayi.
Protein penting untuk perkembangan otak bayi. Otak bayi mula berkembang seawal persenyawaan berlaku lagi begitu juga ototnya. Seperti yang kita tahu, otak manusia terdiri daripada sel dan sel pula dihasilkan daripada protein. Protein yang baik sangat diperlukan oleh bayi untuk membina sel-sel ini. Justeru itu sangatlah penting ibu mengandung mendapatkan protein yang cukup ketika mengandung.4. ESP membantu membentuk kulit yang gebu dan cantik.
Protein perlu dalam penghasilan sel-sel kulit yang baru. Sel-sel kulit yang telah mati perlu diganti dengan sel baru. Protein dalam ESP akan membuatkan sel-sel kulit kita akan bertambah gebu, halus mulus dan cantik berseri. Parut juga kian pudar dan hilang kerana protein telah mengantikannya dengan sel-sel baru. Ibu mengandung akan menjadi lebih cantik, gojes dan menawan walaupun berbadan dua. Kulit bayi di dalam kandungan juga akan menerima kebaikan ESP Shaklee ini. Bayi yang dilahirkan berpotensi mempunyai kulit yang mulus, gebu dan cantik.5. ESP membantu ibu morning sickness di awal kehamilan.
Di awal kehamilan, adalah suatu yang normal bagi ibu mengandung mengalami morning sickness dan alah yang teruk sehingga muntah-muntah. Kita juga akan merasa loya dan mual terutama apabila perut kosong. ESP Shaklee membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan sepanjang hari. Perut juga akan rasa kenyang lebih lama. ESP Shaklee mudah di hadam berbanding makanan berprotein yang lainKebaikan ESP ini telah diakui sendiri oleh ibu mengandung yang konsisten mengamalkan ESP Shaklee semasa mengandung. Jika anda nak cuba ESP Shaklee ni, anda boleh hubungi saya ya.
Baca Juga : Keistimewaan dan Kebaikan Shaklee
Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Suplimen Shaklee?
Hubungi terus ASIAH Pengedar Shaklee Bintulu melalui whatsapp +6019-8855676Saya adalah Pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia. Dengan setiap panduan pengambilan suplemen Shaklee yang tepat dan betul.
Untuk lebih mudah dan cepat, anda juga boleh membuat pembelian terus di Esell. Pembayaran boleh menggunakan kad debit atau kad kredit. KLIK Esell di bawah untuk ORDER SEGERA.
ASIAH ANUAR | ID 1198543
♥ FB Personal: Asiah Anuar
♥ FB Page: https://www.facebook.com/asiahvitaminshaklee/
♥ Email : sweetcupcakes92@gmail.com
♥ Call/SMS/WhatsApp : 019-8855676
♥ COD Area: Bintulu, Sarawak
Comments
Post a Comment