CARA TERBAIK UNTUK LERAIKAN PERGADUHAN ANAK-ANAK


APA PERKARA YANG TERBAIK UNTUK DILAKUKAN JIKA ANAK-ANAK BERGADUH?

1. Jangan tanya siapa salah

"Siapa buat ni?"

2. Jangan judge

"Ha! Ni mesti Abang yang buat Adik kan?"

3. Jangan marah

"Korang ni asyik gaduh je!"

4. Jangan pukul


LAKUKAN PERKARA INI..

1. Leraikan

Jika ada pergaduhan fizikal, leraikan sebelum memudaratkan

2. Dengar

Dengarkan cerita dari kedua-dua belah pihak untuk memahami situasi (bukan untuk mencari salah sesiapa dan menghukum. Dalam pergaduhan, tiada yang salah, tetapi yang ada ialah salah faham. Pergaduhan adalah salah satu cara anak berkomunikasi sebelum timbulnya skil diplomasi dan toleransi). Contohnya "Cuba cerita, Ummi nak tahu."

3. Acknowledge

Fahami perasaan mereka. Katakan kalau kita pun akan rasa sama seperti mereka (cari titik persamaan). Contohnya "Kalau Ummi, Ummi pun sedih."


4. Minta Maaf & Peluk

Apabila emosi sudah kurang tegang, ajak (bukan paksa) kedua-duanya untuk meminta maaf (tanpa highlight salah siapa), kemudian berpelukan. Waktu ini mereka akan belajar menghargai hubungan adik beradik lebih dari mengutamakan ego sendiri.

5. Doakan

Waktu berpelukan, kita jangan lepaskan peluang untuk mendoakan mereka. Contohnya supaya mereka rapat, menjaga satu sama lain walaupun kita sudah tiada, dan sebagainya.

6. Puji

Puji anak-anak kerana berjaya kawal emosi (jihad terbesar ialah jihad dengan diri sendiri)


PS: Jika berlaku perebutan barang, minta mereka bergilir. Yang mengalah Allah lebih sayang. Biasanya kedua-duanya akan mengalah.

#TipsParentingNadiahSuhaidi

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA UNTUK KECUTKAN FIBROID TANPA PERLU PEMBEDAHAN

PUNCA CYST, FIBROID DAN CARA ATASINYA

5 CARA KECUTKAN CYST TANPA PERLU PEMBEDAHAN