RISIKO PENYAKIT SERIUS DI SEBALIK KULIT GATAL


Gatal-gatal atau pruritus adalah keadaan yang sangat umum terjadi. Hal ini dapat menyebabkan tidak selesa, mengakibatkan gangguan tidur, kecemasan, dan depresi. Anda harus berhati-hati jika rasa gatal terjadi dalam waktu yang lama dan diiringi gejala lain, kerana dapat menjadi indikasi penyakit yang lebih serius seperti gangguan ginjal.

Gatal dapat terasa pada bahagian tertentu atau di seluruh tubuh. Kulit kemerahan atau ruam adalah gejala yang sering mengiringi rasa gatal. Pada umumnya, keadaan ini dapat reda dengan sendirinya, atau hilang setelah ditangani dengan ubat-ubatan yang diberi doktor. Namun, ada kalanya gatal tidak kunjung reda dan mungkin merupakan gejala awal adanya keadaan yang lebih serius.


Faktor di Balik Gatal

Penting untuk kita mengenali penyebab gatal untuk menentukan langkah penanganan yang sesuai. Gigitan serangga adalah salah satu penyebab paling umum terjadinya gatal. Namun selain itu, ada banyak hal lain yang dapat menjadi punca gatal, iaitu:

1. Penyakit pada kulit

Misalnya eczema, kudis, psoriasis, folikulitis, dan prurigo. Rasa gatal umumnya hanya dirasakan pada area kulit tertentu, dan disertai gejala iritasi kulit, kemerahan atau bintik-bintik pada kulit.

2. Kulit kering


Kulit kering (xerosis) biasanya disebabkan oleh kondisi lingkungan, seperti udara dengan kelembapan rendah, terlalu lama mandi atau mencuci, serta terus-menerus berada di dalam ruangan berhawa dingin.

3. Gangguan saraf

Seperti multiple sclerosis, diabetes, saraf tersepit, atau herpes zoster.

4. Penyakit dalam

Seperti hepatitis, psirosis, penyakit celiac, anemia defisiensi besi, gagal ginjal, gangguan tiroid, leukemia, dan limfoma.

5. Reaksi alergi atau iritasi terhadap bahan tertentu

Misalnya alergi iritasi kerana bahan pakaian, bahan kimia dalam sabun, kosmetik, alergi terhadap makanan, ubat atau tanaman tertentu.

6. Perubahan hormon ketika hamil

Di masa kehamilan, sebahagian wanita merasakan gatal pada bahagian perut, lengan, paha, dan payudara kerana perubahan hormon. Beberapa masalah kulit yang dapat berkembang ketika hamil antara lain urtikaria, pruritus dan plak yang menyebabkan ruam dan gatal pada paha dan bahagian atas perut. Gatal ini umumnya akan reda selepas melahirkan.

7. Menopause

Perubahan hormon ketika menopause boleh menyebabkan gatal-gatal.

8. Infeksi

Misalnya cacar, kurap, dan jamur.

9. Keadaan psikologi

Misalnya depresi atau tekanan dan gangguan kecemasan.


Tips Atasi Masalah Gatal 

Menggaru bukanlah solusi untuk menghilangkan rasa gatal. Menggaru tubuh yang gatal dapat membuatnya luka, berbekas, bahkan terinfeksi. Penanganan gatal yang tepat bergantung dari faktor penyebabnya.

Berikut ini beberapa panduan umum yang dapat anda ikuti untuk mengurangkan rasa gatal.

  • Lebih baik mengusap daripada menggaru pada area yang gatal.
  • Kurangkan pengambilan makanan pedas, kafein, dan minuman keras yang dapat memengaruhi aliran darah dan menyebabkan gatal bertambah parah.
  • Kompres bahagian yang gatal dengan kain yang dibasahi air sejuk.
  • Potong kuku anda sehingga tidak akan menimbulkan luka jika tidak dapat menahan diri untuk menggaru pada area yang gatal.
  • Mandi dengan air yang tidak terlalu panas atau sejuk, dan bataskan agar waktu mandi tidak lebih dari 20 minit.
  • Hindari penggunaan pakaian dengan bahan yang dapat menambah rasa gatal, seperti kain jenis 'wol' atau pakaian yang terlalu ketat.
  • Sentiasa sapukan pelembap setelah mandi untuk membuat kulit tetap lembap.
  • Gunakan sabun yang tiada bahan kimia yang merbahaya agar tidak mengiritasi kulit. 
  • Gunakan 'sprey' berbahan tidak panas dengan permukaan yang halus.
  • Usahakan untuk selalu rileks dan cuba sebaik mungkin untuk kawal stress anda, kerana stress dapat membuat rasa gatal semakin memburuk.

Selain cara-cara sederhana di atas, gatal kerana keadaan tertentu juga dapat ditangani dengan ubat-ubatan antihistamin dan krim kortikosteroid yang dijual  di pasaran.

Akan tetapi, anda sebaiknya segera pergi periksakan ke dokter jika anda merasa gatal di seluruh tubuh tetapi anda tidak pasti apa puncanya, rasa gatal membuatkan anda suakr untuk tidur, menyebabkan luka di kulit, atau bila rawatan di rumah tidak dapat meredakan rasa gatal di kulit anda.

Untuk membantu memudahkan diagnosis dokter, anda perlu mengenal pastikan keadaan di bawah ini:

  • Bila gatal mulai dirasakan?
  • Apa sahaja gejala (jika ada).
  • Pengambilan ubat-ubatan yang diamalkan sebelum waktu kejadian.
  • Adakah anda sedang menjalani pola makan tertentu?
  • Adakah anda pernah pergi ke tempat tertentu?
  • Adakah anda ada tersentuh dengan sesuatu yang boleh menyebabkan anda rasa gatal, contohnya bulu binatang peliharaan, ulat bulu, pokok-pokok dan lain-lain.
Jika dokter mengenal pasti adanya penyakit yang lebih serius, anda akan diminta untuk menjalani pemeriksaan dengan lebih lanjut, seperti pemeriksaan kadar zat besi dalam darah, pemeriksaan fungsi tiroid, fungsi ginjal, atau Rontgen untuk memeriksa kelenjar limpa.

Jangan risau untuk buat pemeriksaan ke dokter pakar kulit, agar anda dapat solusi yang tepat.

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA UNTUK KECUTKAN FIBROID TANPA PERLU PEMBEDAHAN

5 CARA KECUTKAN CYST TANPA PERLU PEMBEDAHAN

APA ITU SLIPPED DISC?