MANFAAT MINUM AIR PANAS SUAM DI PAGI HARI
Saat bangun tidur di pagi hari, apa yang biasanya anda minum?
Secawan kopi panas, teh panas, atau mungkin air putih sejuk?
Pilihan jenis minuman memang tergantung pada selera masing-masing.
Namun, tahukah anda bahawa minum segelas air panas suam selepas bangun tidur memiliki banyak manfaat?
Minum air panas suam di pagi hari, atau ditambah dengan rendaman lemon yang kaya polifenol atau dengan teh, terbukti mengurangi aktiviti radikal bebas pada tubuh.
"Minum air suam meningkatkan pengencangan usus, dan ini dapat membantu pencernaan dan mengatur pergerakan usus," kata Metsovas.
Selain itu, minum air putih panas suam saat bangun tidur di pagi hari dengan kondisi perut masih kosong memiliki tujuh manfaat yang baik bagi tubuh.
7 Manfaat Air Suam Panas Bagi Tubuh Badan Selepas Bangun Dari Tidur
1. Mencegah penuaan
Keberadaan racun dalam tubuh badan boleh menyebabkan penuaan dengan lebih cepat. Air panas suam boleh bantu membersihkan tubuh dari racun / toxin. Selain itu, ia juga bantu memperbaiki keadaan sel kulit yang boleh menyebabkan peningkatan keanjalan kulit anda.2. Mengurangi rasa sakit
Ubat secara semulajadi yang ampuh untuk mengurangi rasa sakit akibat kram ketika datang bulan adalah air panas suam. Ini kerana air panas suam mampu melegakan otot-otot perut dan membantu meringankan sakit ketika haid. Selain itu, air panas suam adalah yang paling efektif untuk semua jenis kram kerana ia meningkatkan sirkulasi kapiler dan membantu menenangkan otot-otot pada tubuh.
3. Menurunkan berat badan
Anda mungkin pernah mendengar, minum air panas suam di pagi hari mampu menurunkan berat badan. Ternyata ianya adalah benar. Air panas suam meningkatkan suhu tubuh dan meningkatkan tingkat metabolisma anda. Peningkatan aktiviti metabolik memberi tubuh kemampuan untuk membakar lebih banyak kalori sepanjang hari.Air panas suam dengan lemon juga mengawal keinginan untuk makan, kerana lemon mengandungi serat pektin.
Comments
Post a Comment