CARA ATASI BUASIR BAGI IBU HAMIL DAN BERPANTANG
APA ITU BUASIR ?
Buasir adalah salah satu perkara yang amat menakutkan bagi ramai orang, termasuklah ibu hamil atau yang sedang dalam berpantang. Dengan nak jaga luka jahitan lagi, dengan nak jaga anak lagi, tambah pula sakit buasir. Kesian tengok orang yang kena buasir sebenarnya.Buasir adalah pembengkakan pada vena di bahagian rektum dan juga dubur kita. Apabila ia membonjol keluar, ia akan mengakibatkannya gatal, sakit, dan boleh berdarah. Apabila bonjolan yang terkeluar tu bergeser, itu yang membuatkan kita tak boleh nak bergerak dengan mudah. Bila terkena memang sakit, lagi-lagi kalau ianya buasir berdarah.
Bagi kaum wanita, buasir memang sering terjadi semasa hamil dan dalam pantang. Jika ibu pernah mengalaminya ketika sebelum hamil, besar kemungkinan masalah ini akan berulang semasa hamil, semasa berpantang dan mungkin bertambah teruk.
Tahukah anda? Masalah buasir dianggap masalah biasa yang berlaku kepada wanita, namun dalam sedar atau tidak, ia juga boleh mendatangkan komplikasi kepada ibu hamil.
APAKAH KOMPLIKASI YANG KERAP BERLAKU PADA IBU HAMIL?
Antara komplikasi yang kerap berlaku kepada ibu hamil adalah seperti:
1. Anemia iaitu kekurangan sel darah merah. Sekiranya mengalami pendarahan yang kronik disebabkan buasir dan tidak mendapat rawatan.2. Buasir luaran yang besar boleh menyebabkan kesakitan yang berganda jika saluran darahnya tersempit.
3. Penggunaan bius semasa hamil dalam rawatan buasir yang berkomplikasi mungkin akan memberi kesan kepada ibu hamil itu sendiri serta mungkin membawa keguguran atau kelahiran pramatang bergantung kepada umur kandungan ketika prosedur dijalankan.
Jadi amat penting para ibu untuk kawal atau mencegah buasir yang boleh menyebabkan keadaan menjadi bertambah buruk.
CARA ATASI BUASIR BAGI IBU HAMIL & DALAM PANTANG AGAR TIDAK MENJADI LEBIH TERUK
1. Mandi air panas untuk mengurangkan kegatalan dan sakit. Elakkan daripada menggaru tempat yang gatal kerana ia hanya akan membuatkannya bertambah teruk.2. Gunakan tekanan sejuk seperti pek ais untuk melegakan kesakitan di sekitar dubur dan mengurangkan bengkak.
3. Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut dan menyeluruh selepas anda membuang air besar. Selepas mencuci, lap dengan tuala lembut atau tisu tandas yang lembut untuk mengeringkannya.
4. Cuba tolak masuk buasir yang terkeluar itu secara perlahan-lahan menggunakan jari yang bersih apabila mandi.
5. Anda juga boleh minta doktor untuk mempriskripsikan ubat sapu yang lembut atau ubat jenis supositori (yang perlu dimasukkan ke dalam dubur) untuk melegakan kesakitan.
PENGAMBILAN SUPLIMEN BANTU MENGURANGKAN BUASIR
OMEGA GUARD - Omega berfungsi untuk menyurutkan bengkak akibat dari tekanan otot di sekitar dubur dan sekeliling kawasan buasir.
ZINC - Zinc sangat membantu dalam menyembuhkan luka. Secara tak langsung ia membantu untuk menyembuhkan luka buasir yang berdarah juga.
OSTEMATRIX - Ostematrix membantu melembutkan otot-otot untuk memudahkan najis keluar dengan mudah. In Sya Allah, buasir yang sedia ada tidak akan bertambah parah.
Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Suplemen Shaklee?
Hubungi terus ASIAH melalui whatsapp 6019-8855676
Saya adalah Pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia. Dengan setiap panduan pengambilan suplemen Shaklee yang tepat dan betul.
Untuk lebih mudah dan cepat, anda juga boleh membuat pembelian terus di Esell. Pembayaran boleh menggunakan kad debit atau kad kredit. KLIK Esell di bawah untuk ORDER SEGERA.
Comments
Post a Comment