Assalammualaykum. Hai :)
Untuk sedia maklum , Asiah sendiri adalah pengguna tegar
product Shaklee dan juga pengedar supplement Shaklee. Sampaikan ke botol, bekas pil, baju, dan banyak lagi semua ada logo Shaklee. Bertapa tegarnya sebagai pengguna produk Shaklee ni . Dan untuk sharing harini,
Asiah sendiri akan berkongsi kenapa Asiah memilih SHAKLEE.
10 SEBAB KENAPA ASIAH PILIH SHAKLEE?
1. Pengguna tegar Shaklee sebelum berkahwin lagi.
Asiah sendiri sudah mengamalkan semasa study lagi sehingga sekarang. So far
inilah supplement paling berkesan yang Asiah pernah guna termasuk untuk tenaga
dan skincare.
2. Yakin dengan kualiti produk yang banyak memberi
kesan positif pada diri Asiah sejak dulu. Salah satunya adalah cyst kecut selepas 3 bulan konsisten amalkan Shaklee, luka cepat
sembuh dari sangkaan, kesan yang memuaskan kepada kulit dan kesihatan, jarang datang
sakit. Bersyukur sangat sebab dipermudahkan dengan ikhtiar cara ini.
3. Shaklee yang sudah bertapak di Malaysia sejak 20
tahun lalu telah banyak memberi manfaat pada pengguna samada yang menggunakan
atau yang menjual. Sebuah company MLM yang paling teguh dan dipercayai. Company
besar dari US dan juga dikenali di banyak negara besar termasuk Canada, China,
serta negara maju Jepun yang mempunyai kilang Shaklee sendiri di kaki gunung
Fuji (Fujinomiya, Shizuoka).
4. Produk yang bagus , disahkan selamat dengan kajian-kajian
dari Shaklee Research and Development serta kolaborasi dari universiti-universiti
yang menjalankan kajian dan eksperimen. Juga terbukti HALAL dan badan
pemantauan halalnya disahkan oleh JAKIM. Produk dah bagus, seterusnya cuma perlu
fikir untuk share sama-sama kebaikannya melalui bisnes. Dapat membantu menambah
rezeki dalam masa yang sama membantu pengguna kearah kesihatan dan kecantikan.
Tidak salah bukan?
5. Bagi pengedar, tiada modal besar perlu
dikeluarkan seperti bisnes MLM yang lain yang diragui di mana hasil jual
belinya. Dengan modal berharga RM68.90 ditambah dengan RM10.10 untuk kos
penghantaran bagi kawasan Semenanjung dan RM21.10 untuk kos penghantaran bagi
Sabah dan Sarawak, anda akan diberi kit panduan berguna untuk memulakan bisnes.
Selepas itu tiada istilah goyang kaki. Perlu berusaha berniaga seperti
bisnes-bisnes lain yang mempunyai akad jual beli seperti yang disaran dalam
agama. Yang penting produk yag dijual betul-betul bermanfaat dan memberi
kebaikan.
6. Sistem MLM
Shaklee yang langsung tiada istilah menindas atau menipu. Dengan modal yang
sangat rendah, anda usaha, anda belajar, anda berbisnes, dan anda tawakal, maka
anda berjaya. Menggunakan testimoni sebagai salah satu medium meningkatkan
keyakinan bisnes juga adalah sesuatu yang diraikan dan majoriti perniagaan
menggunakannya. Dengan menyebarkan kebaikan , bukankah bagus menyampaikan
kepada yang lain? Dalam Shaklee, tiada istilah orang atas sahaja yang
berpendapatan tinggi dan kaya raya, siapa yang usaha kuat dan tidak putus asa,
dia akan dapat lebih dari orang atasnya. Sistem yang adil dan sama seperti
bisnes lain di luar bukan?
Walaupun bergelar seorang "leader", tidak ada istilah goyang kaki dan duduk senyap. Still bersama-sama dengan anak-anak business untuk membuat sales setiap bulan.
7. Tiada istilah “disebabkan bisnes MLM, pengedar cuma
fikir kejar sale”. Produk sudah terbukti bagus dan bermanfaat, jadi tak salah
sedikit pun untuk berusaha keras menjana pendapatan melaluinya. Pengedar
sentiasa diajar dan diberikan ilmu dalam menjual produk-produk berkaitan
kesihatan dari segi info produk, kebaikan produk, cara penggunaan yang betul,
perkara-perkara yang perlu diambil perhatian dan banyak lagi.
Tidak wajib
menjadi pakar dalam sesuatu bidang untuk
menasihat dan berkongsi kebaikan kepada orang ramai. Pengguna sudah cukup bijak
untuk memilih, meniliti, membaca dan melihat keberkesanan, serta membuat
keputusan melalui pengalaman dan keadaan diri mereka. Tidak perlu menjadi Chef
berijazah semata-mata nak ajar orang memasak, tidak perlu menjadi mekanik
semta-mata nak ajar isteri anda isi minyak kereta. Yang penting, cari ilmu
yangbetul, amalkan dan manfaatkan Bersama orang lain jika perlu.
8. Produk yang bermanfaat, usaha dan strategi
bisnes yang mantap, group support yang motivated, company yang kukuh, serta
doa-doa kepadaNya selepas berusaha, maka tiada sebab untuk anda tidak
melakukannya hari ini. Cabaran tetap ada di mana-mana, perlu kuat dan yakin
manfaatnya, serta belajar dan improve jika ada kekurangan atau salah dan silap.
9. Pendapatan yang mudah (dari segi pengurusan)
diperoleh tanpa ada had maksimum. Bukan sahaja membantu orang, malah mampu mencapai
impian-impian yang diidamkan. Dari buat part time di rumah, pendapatan Shaklee
lebih tinggi sekarang dari yang lain dan lebih mudah berbanding bisnes yang
sudah diceburi.
10. Antara bisnes yang mendapat sokongan padu
daripada keluarga terutamanya suami, parents dan kawan-kawan bisnes yang
sentiasa Bersama-sama membantu antara satu sama lain dalam membina semangat
serta keyakinan diri untuk lebih berjaya. In shaa Allah tetap yakin dengan
Shaklee selagi Allah izinkan.
Jadi jika anda berminat nak buat bisnes Shaklee dan join team Asiah, anda boleh hubungi Asiah melalui whatsapp. Klik pada Whatsapp di atas untuk direct ke whatsapp Asiah.
Comments
Post a Comment