JENIS-JENIS KEPUTIHAN DAN CARA ATASINYA

Assalammu'alaykum..

Petang ni saya akan cuba mengupas tentang jenis-jenis keputihan berdasarkan simptom-simptom yang boleh dilihat dan diamati berdasarkan sifat cecair yang keluar ketika keputihan. Sumber cecair boleh berasal samada dari vagina, pangkal rahim, uterus dan juga dari tiub falopio.



Antaranya adalah :

1) Bila cecair yang keluar berwarna jernih, berlendir dalam kuantiti banyak tetapi tidak berbau maka hal ini merupakan sesuatu yang biasa terjadi ketika hampir hendak datang bulan (menstruasi), ataupun rembesan hormon estrogen yang berlebihan dan ketika berada dalam keadaan stress. Keputihan seperti ini juga sering  dialami oleh wanita yang hamil.

2) Jika cecair yang keluar bersifat seperti susu kental, likat, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu ketara maka kemungkinan terjadi keradangan pada seviks/ pangkal rahim (servicitis) dan vagina (vaginitis).

3) Bila mana cecair yang keluar berwarna coklat, seakan-akan air, sangat banyak dan lembab, maka kemungkinan wanita tersebut mengalami gangguan pada pembuluh darah sekitar serviks, atau endometriosis dan boleh jadi merupakan kesan sampingan kepada rawatan radiasi ketika merawat penyakit kanser. Warna coklat timbul akibat perdarahan yang terjadi akibat masalah-masalah tersebut. Jika perkara ini terjadi kepada anda, dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dengan segera.

4) Bila cairan berwarna kelabu dengan cebis/carik darah, cair seperti air, sangat banyak dan berbau busuk yang keluar dari vagina, maka kemungkinan wanita tersebut ulser vagina, vaganitis. Kemungkinan lain yang sangat perlu diperhatikan adalah kemungkinan kanser benign. Segeralah dapatkan kepastian daripada doktor anda.

5) Jika cecair yang keluar berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka kemungkinan telah terjadi infeksi bakteria tidak spesifik (Non-specific bacterial infection). Gejala ini juga timbul saat seorang wanita kelebihan hormon estrogen. Untuk masalah ini, rawatan antibiotik biasanya akan dimulakan oleh doktor anda.

6) Bila cecair yang keluar putih, cair berbintik bintik banyak, berbau hanyir disertai dengan rasa nyilu atau sakit ketika membuang air kecil serta gatal di sekitar kemaluan maka kemungkinan wanita tersebut menderita infeksi yang disebabkan oleh kulit/fungi opportunistic.

Candida Albicans adalah kulat yang paling sering didapati di kemaluan seorang wanita terutamanya wanita hamil kerana ketika hamil paras hormon yang tinggi akan menyebabkan pH di kemaluan wanita terganggu seterusnya menyebabkan opportunistic fungus mula menyerang.

Untuk masalah ini, rawatan dengan anti-kulat (Tablet Fluconazole, Tablet vagina Clotrimazole, Krim Candid V) samada dengan cara di makan ataupun dengan menggunakan pessari ( ubat yang dimasukkan secara terus kedalam vagina) akan diberikan oleh doktor.

7) Bila cecair yang keluar berwarna kuning kehijauan, berbuih , merah , sangat banyak, gatal, berbau busuk dan terasa sakit apabila ditekan pada sekitar kemaluan serta kemerahan pada vagina, maka kemungkinan telah terjadi infeksi yang disebabkan oleh kuman protozoa Trichomonas vaginalis.

Akhir sekali, bila cairan yang keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan, sakit apabila ditekan pada daerah sekitar kemaluan, nyilu/ sakit ketika membuang air kecil, maka kemungkinan besar wanita tersebut mengalami jangkitan kuman yang disebabkan oleh Nisseria Gonorrhea. Rawatan biasanya dengan menggunakan antibiotik dari kumpulan penicillin. Masalah ini juga memerlukan nasihat dan mengesahan dari doktor.

Itulah sedikit sebanyak perbezaan pelbagai jenis keputihan. Bolehlah dijadikan panduan awal tentang apa yang perlu dilakukan jika mengalami salah satu dari gejala atau symptom tersebut.

Walau bagaimana pun, keputihan normal, walaupun tidak membahayakan nyawa, saya yakin ramai berasa tidak selesa bila mengalaminya. Keputihan pastinya akan menyebabkan kita rasa rendah diri kerana kita risau kalau-kalau orang berdekatan dengan kita terhidu bau yang kurang menyenangkan itu.

Anda boleh juga cuba SET KEPUTIHAN SHAKLEE ni.. Sangat berkesan dan boleh selesaikan masalah anda.. Saya sendiri juga mengamalkan nya..



Saya kongsikan beberapa testimoni yang berjaya hilangkan keputihan dengan SET KEPUTIHAN ni:









Jika anda ingin membuat pembelian untuk Set Keputihan Shaklee ni, and aboleh klik pada eSell di bawah.


Atau jika anda ada sebarang pertanyaan sebelum nak buat pembelian, anda boleh klik pada whatsapp Asiah di bawah.


Comments

Popular posts from this blog

5 CARA UNTUK KECUTKAN FIBROID TANPA PERLU PEMBEDAHAN

PUNCA CYST, FIBROID DAN CARA ATASINYA

5 CARA KECUTKAN CYST TANPA PERLU PEMBEDAHAN