Tips untuk Anak Suka Makan Makanan yang kurang Berkhasiat


Makanan yang kita makan setiap hari akan menjadi darah daging kita. Selain makan untuk hidup, makan juga menjadi asas penting untuk membentuk kesihatan kita. Kebanyakn anak kecil mempunyai masalah cerewet makan. Secara asasnya tabiat pemakanan yang sihat perlu bermula daripada ibu bapa di rumah lagi. Anak-anak meniru tabiat pemakanan ibu dan ayah, jadi pastikan anda mengamalkan pemakanan sihat jika mahu anak tidak cerewet makan dan suka makanan yang sihat.









Tidak dilupakan juga ramai kanak-kanak hingga remaja masa kini telah dibiasakan dengan makanan dan snek kurang sihat seperti gula-gula, sosej, daging burger, kentang putar, dan sebagainya. Lebih teruk lagi bila anak-anak kita membeli di kantin sekolah.
Sebagai ibu bapa prihatin, cuba kaedah mudah ini untuk ajari anak-anak mengawal selera terhadap makanan kurang sihat.


6 TIPS KAWAL ANAK MAKAN JAJAN


🍒 Ibu bapa sebagai contoh terbaik.
Selalu amalkan pemakanan sihat semasa makan bersama keluarga.
Cuba untuk tidak makan makanan kurang sihat di hadapan anak-anak kita, atau sehingga boleh ke pengetahuan anak-anak.


🍒 Bercerita tentang kebaikan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan cara yang lebih menyeronokkan. Anak-anak akan teruja mencuba menu sayur dan buah tersebut.
Contoh: ceritakan berkenaan organ perut yang sangat rindukan sayur sehingga si perut selalu muram. Akibatnya usus turut sama muram (menyebabkan sembelit).


🍒 Membuat gubahan sayur, buah dan makanan berkhasiat dalam pinggan anak-anak anda..


🍒 Beli buku-buku kebaikan sayur-sayuran dan makanan berkhasiat dan ajak anak-anak anda berkongsi pendapat mereka tentang kebaikan makanan tersebut.
Berikan tepukan atau komen yang memberangsangkan jiwa anak-anak apabila mereka menyertai aktiviti ini.


🍒 Mengambil peluang menghadiri sesi perjumpaan dengan guru sekolah seperti mesyuarat PIBG sekolah.. dan menyarankan dengan tegas bahawa makanan jajan tidak seharusnya dijual di kantin sekolah.


🍒 Berikan 'physical token' kepada anak-anak anda apabila mereka mula makan sayur, buah dan makanan berkhasiat yang bukan kegemaran mereka.
Pasti mereka akan teruja memiliki token tersebut.
Gunakan token tersebut untuk hadiahkan mereka perkara yang disukai mereka.



Keperluan nutrisi anak-anak sama juga seperti orang dewasa, mereka memerlukan karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral hanya berbeza kuantiti sahaja. Berikut adalah contoh makanan mengikut kumpulan untuk anak-anak kita yang sedang membesar.

🍃 PROTEIN - pilihlah makanan laut, daging tanpa lemak, ayam, kacang, dan kekacang, tempe, tauhu

🍃 BUAH - galakkan anak-anak  makan buah-nuahan samada yang segar, kering jauh lebih baik dari minum jus, jika mereka ingin minum jus buah pastikan yang betul-betul 100% pure jus dan hadkan kuantiti.

🍃 SAYUR - berikan anak-anak pelbagai jenis sayur terutamanya yang berwarna hijaupekat, merah dan oren seperti sawi, lobak merah, bayam, lada, tomato dan sebagainya.

🍃 BIJIRIN - pilih bijirin penuh seperti roti wholemeal, oat, bertih jagung, quinoa dan beras perang.

🍃 TENUSU - galakkan dan beri anak-anak minum susu, yogurt, keju dan susu soya.


Macam mana? Ok tak perkongsian hari ni? Semoga kesihatan anak-anak kita terjaga dan mereka mendapat nutrisi yang lengkap untuk perkembangan minda mereka.


ASIAH ANUAR |    ♥ ID 1198543
♥ FB Personal: Asiah Anuar
♥ FB Page: https://www.facebook.com/shakleeAA
♥ Email sweetcupcakes92@gmail.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :0198855676
♥ COD Area: Bintulu sarawak

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA UNTUK KECUTKAN FIBROID TANPA PERLU PEMBEDAHAN

7 SEBAB KENAPA ANDA HARUS PILIH YOUTH SKINCARE

PULIHKAN KULIT MUKA ROSAK DENGAN BAHAN SEMULAJADI